Monday, December 14, 2009

SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2009







Bertemakan “Integrasi Koperasi Sekolah dan Koperasi Dewasa Teras Kecemerlangan’, sambutan Hari Koperasi Sekolah telah diadakan pada 26 Jun 2009 (Jumaat) bertempat di Tapak Perhimpunan SMK Methodist (ACS) Kampar.

Majlis dimulakan pada jam 7.40 pagi dengan ucapan Guru Penasihat Koperasi Sekolah. Selepas itu, saudara Chang Kok Liang diberi penghormatan untuk membacakan perutusan daripada Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia. Perutusan Yang Berhormat Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia pula dibacakan oleh saudara Chan Kok Liang manakala saudari Jusween Kaur pula membacakan perutusan daripada Yang Dipertua ANGKASA.

Pada 8.25 pagi upacara menaikkan bendera Hari Koperasi dilakukan sambil diiringi oleh nyanyian lagu ‘Semangat Koperasi’ oleh para guru dan pelajar-pelajar. Selepas itu, Perasmian Hari Koperasi Sekolah dilakukan oleh En. Zan’Asri , Penolong Kanan Pentadbiran SMK Methodist (ACS) Kampar. Penanaman anak pokok oleh En. Zan’Asri menjadi simbolik kepada Sambutan Hari Koperasi Sekolah bagi tahun 2009.

Hari Koperasi juga diserikan dengan upacara penyerahan tanda nama dan sijil kepada Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan Pengawas Koperasi SMK Methodist (ACS) Kampar. Saudara Ng Seng Fooi (4V1) dan Lee Sheng Yue ( 4S1) telah dipilih sebagai koperator terbaik dengan menerima hadiah dan sijil penghargaan.

Sebelum guru-guru dan ALK serta Pengawas Koperasi dijemput menjamu selera, Kuiz Terbuka Koperasi telah diadakan.Kuiz terbuka kepada bebearapa kategori iaitu kategori Menengah Rendah, Menengah Atas dan Kategori Guru. Kuiz Koperasi ini diadakan untuk menguji pengetahuan para guru dan pelajar tentang Koperasi Sekolah Ternyata kuiz tersebut bukan sahaja menarik perhatian pelajar malah mendapat respon yang baik daripada kalangan guru..

Friday, December 11, 2009

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)






RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

  Pada 14 Februari 2009 bersamaan hari Sabtu, di dewan sekolah SMK Methodist (A.C.S) Kampar telah berlangsungnya Program Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).
  Acara dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis dan diikuti oleh ucapan kata alu-aluan daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Zan’ Asri. Seterusnya,Yang Di-pertua PIBG, Encik Chang Hon Yew dijemput untuk memberi ucapan dan akhirnya merasmikan Program RIMUP 2009. 
  Program RIMUP diserikan dengan persembahan permulaan oleh Tarian Singa oleh pelajar-pelajar Cina yang didatangkan khas dari SMJK(C) Pei Yuan (SUWA). Selepas itu, persembahan diteruskan dengan tarian klasik dan moden India serta Kholatum, Tarian Joget (Cinta Sayang), Tarian Giddah dan Tarian Cina yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dari SMK Methodist (A.C.S) Kampar. 
  Persembahan terakhir yang dipersembahkan ialah Silat. Pesilat-pesilat merupakan jemputan khas dari SMK Seri Kampar. Ternyata persembahan-persembahan pelajar ini dapat mencapai objektif RIMUP kerana pelajar-pelajar mengenali pelbagai tarian kebudayaan mengikut kaum-kaum yang ada di Semenanjung Malaysia seperti kaum Melayu, Cina, India, dan Sikh. Setiap tarian dipersembahkan mempunyai maksudnya tersendiri. Moga dengan pendedahan ini akan dapat mewujudkan sikap toleransi dan saling memahami serta menerima keunikan kaum lain serta mewujudkan perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar. 


HARI TERBUKA SMK METHODIST (ACS) KAMPAR







Hari Terbuka SMK Methodist (ACS) Kampar telah diadakan pada 27 Jun 2009 iaitu pada hari Sabtu (hari ganti persekolahan) bermula jam 10 pagi. Tujuan Hari Terbuka diadakan adalah untuk merapatkan hubungan ibu bapa pelajar dengan pihak sekolah. Ibu bapa dijemput untuk hadir ke sekolah menemui guru kelas untuk mengambil keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun anak-anak. Selain berpeluang berjumpa dan mengenali guru kelas, ibu bapa juga diberi kesempatan untuk bertanyakan perihal prestasi dan perkembangan pelajaran anak-anak di sekolah. Para guru juga dapat memanfaatkan pertemuan dengan ibu bapa pelajar ini untuk memaklumkan kepada mereka akan kelemahan atau masalah pembelajaran anak-anak mereka di sekolah. Dengan cara ini diharapkan guru dan ibu bapa dapat membantu pelajar dalam mengatasi masalah yang mereka hadapi. Diharapkan juga pertemuan dua mata ini mampu meningkatkan prestasi pelajaran pelajar-pelajar SMK Methodist (ACS) Kampar. Kehadiran ibu bapa pada hari tersebut amat menggalakkan.


SAMBUTAN HARI GURU








Pada 29 Mei 2009 yang lalu. SMK Methodist (A.C.S) Kampar, telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Bertempat di tapak perhimpunan, sambutan bermula dengan nyanyian lagu-lagu patriotik. Selepas itu, Ketua Pengawas memberikan ucapannya., Seterusnya, Tuan Pengetua, En. Lai Man Keong dijemput untuk memberikan sepatah dua kata. Majlis bertambah meriah dengan upacara penyampaian cenderamata kepada guru-guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu Tema Hari Guru 2009 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa oleh para guru. 
  Hanya selepas itu, persembahan daripada pelajar dihidangkan oleh pelajar-pelajar yang berbakat. Persembahan pasukan pancaragam sekolah dan koir sekolah begitu menarik sekali.. Majlis diserikan pula dengan persembahan tarian Punjabi dan persembahan sketsa dari Persatuan Bahasa Cina serta diikuti oleh deklamasi sajak oleh Saudari Hidayah dari kelas 1K2 dan Syaiman dari kelas 2K1.
 Persembahan pelajar diselalng seli oleh pengumuman anugerah-anugerah khas yang diadakan khas oleh para pelajar untuk para guru. Antara anugerah yang mendapat sorakan dan tepukan gemuruh para pelajar dan guru ialah Anugerah Guru Wanita Yang Paling Bergaya yang jatuh ke tangan Pn Norhayati manakala Anugerah Guru Lelaki Paling Bergaya milik En Muhammad Hanif. 
Kemuncak acara Sambutan Hari Guru ialah acara sukaneka. Guru-guru yang digandingkan dengan pelajar-pelajar begitu seronok ketika menyertai sukaneka yang diadakan. Antara acara sukaneka adalah membawa bola dengan kayu hoki, memindahkan gelang getah dengan straw dan mengisi air dalam botol. Pelajar-pelajar memberi sokongan dengan memberi tepukan dan sorakan semangat kepada para guru. Acara sukaneka ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga dapat merehatkan minda para guru serta dapat merapatkan hubungan antara guru dengan guru dan antara pelajar dengan guru. 
Sambutan Hari Guru diakhiri dengan jamuan untuk para guru di kantin sekolah.

Wednesday, December 9, 2009

WAWASAN SEKOLAH

Pada tahun 2020, SMK Methodist (ACS), Kampar akan menjadi sekolah nombor 1 di kawasan Kampar baik dalam akademik mahupun bukan akademik.
Bidang Akademik
Mencapai 100% kelulusan dalam SPM dan 50% memperoleh 4A ke atas.
Mencapai 100% kelulusan PMR dan 50% daripadanya memperoleh 5A ke atas.
Bidang Bukan Akademik
1. Mempertingkatkan kegiatan-kegiatan kokurikulum untuk dinikmati oleh semua pelajar supaya mereka menjadi sihat dan mahir dalam bidang yang diceburi. Selaras dengan tujuan ini dan wawasan negeri Perak, maka menjelang tahun 2020, SMK Methodist (ACS) Kampar akan menjadi johan atau naib johan daerah Kampar dalam pertandingan permainan-permainan berikut :
  a)Bola Sepak d) Bola Jaring
  b)Badminton e) Sepak Takraw
  c)Bola Keranjang f) Bola Baling
   
2. Menghasilkan wakil terbanyak dari daerah Kampar untuk menyertai pertandingan peringkat MSSPk dalam bidang Permainan dan Olahraga.

HARI PROFESIONALISME 2009







HARI : SABTU
TARIKH : 28 MAC 2009
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 1 PETANG

Istimewanya Hari Profesionalisme SMK Methodist (ACS) Kampar dilakukan di Gua Tempurung, Kampar Perak. Program ini boleh kita katakan 2 dalam 1. Hari Profesionalisme dan Lawatan Ke Gua Tempurung. Unik, bukan?

Pada pukul 8.00 pagi, ada sarapan yang disediakan. Bihun dan kari ayam. Memang sedap dan berselera.Selepas tu mulalah upacara formal di bawah pondok besar bersebelahan medan kereta.Upacara pertama ialah nyanyian lagu Negaraku. Selepas nyanyian lagu Negaraku En. Hardave menjadi ketua dalam upacara membaca ikrar guru. Huyoh! Tabik hormat pada cikgu-cikgu ACS.Semuanya berdiri tegak dan bersemangat menyanyi lagu kebangsaan Malaysia.

Tentunya majlis tidak lengkap tanpa doa. Tuan Hj Nor Aznan yang juga kaunselor sekolah membacakan doa.Antara kandungan doanya ialah agar aktiviti hari ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.Selepas doa, perutusan daripada Tuan Pengarah Pelajaran Perak telah dibacakan oleh PK Kokurikulum iaitu En. Mohammed Hanif. Antara harapan Tuan Pengarah Pelajaran Perak adalah supaya guru-guru dapat menjalankan tanggungjawab mereka yang makin mencabar dan penuh dugaan ini.

Selepas upacara pembacaan perutusan, En Lai Mann Kheong, pengetua pula berucap. Pengetua menerangkan bahawa beliau yang mencadangkan agar Hari Profesionalisme disambut dalam suasana santai. En Lai berasa bangga kerana majlis masih dapat dijalankan dengan lancar walaupun dalam senda gurau dan gelak ketawa. 

Pada jam 9.00 pagi, kaunselor sekolah memberikan ceramah motivasi. Hanya pada jam 10.00 pagi, bermulalah Ekspedisi ke Gua Tempurung. Kami bermula dengan berbaris di pintu masuk Gua Tempurung. Ada pemandu pelancong iaitu saudara Zul yang akan ditugaskan membantu kami dalam ekspedisi di Gua Tempurung.

Keadaan di dalam gua agak gelap. Kami dinasihatkan supaya berjalan berhati-hati ketika menaiki tangga yang licin. Tangga dalam gua ialah tangga buatan dan licin di tempat-tempat tertentu akibat titisan air. Menurut saudara Zul, kami akan naik sehingga 600 anak tangga.Ekspedisi kami melibatkan ekspedisi perjalanan kering. Harga tiket seorang RM 8. Rupanya ada perjalanan basah. Maksudnya, masuk gua ikut aliran sungai bawah tanah. 
kami tidak pilih jalan basah sebab memakan masa sampai 4 jam. 

Bukan mudah rupanya menaiki tangga dalam gua ini.Kalau tidak silap, tempat tertinggi dalam gua itu ialah 1500 kaki iaitu dari aras tanah ke lelangit gua. Perjalanan kami pergi dan balik memakan masa 1 jam 40 minit . Ada beberapa tempat dalam gua yang menjadi tempat persinggahan sementara. Di setiap tempat hentian tersebut, saudara Zul memberikan penerangan ringkas tentang kawasan yang dilawati itu. Beliau juga menunjukkan gambar-gambar atau bentuk-bentuk pelik di dinding gua.Semuanya terbentuk secara semula jadi. Terdapat dinding berupa kepala kambing, ikan, gajah dan orang. Ada juga bentuk dinding yang menyerupai orang perempuan dan kaki perempuan yang terjuntai.. Terdapat gambar perempuan berambut panjang yang sedang duduk seperti sedang mencuci rambut.

Tempat paling seronok dan menjadi perhentian yang lama ialah tempat yang ada pendingin hawa.Bukanlah pendingin hawa yang betul tetapi ada satu bahagian gua yang memang sejuk dan terasa dingin dengan hembusan bayu. Di situ juga terdapat laluan air kecil yang apabila disentuh airnya terasa sungguh sejuk. Hilang sebentar rasa panas(sebab berpeluh menaiki tangga).
 
Walaupun agak memenatkan menaiki tangga gua namun ekspedisi kami memberikan pengetahuan dan pengalaman yang amat bermakna kepada kami. Walaupun ada beberapa guru yang tidak dapat menamatkan ekspedisi kerana masalah kesihatan dan terpaksa berpatah balik namun kebanyakan guru berjaya menamatkan misi.Ternyata program yang diadakan ini berjaya mencapai objektifnya iaitu menguji ketahanan fizikal dan mental para guru. Dalam pada itu, program ini juga dapat menegratkan hubungan antar guru-guru melalui percambahan minda.

Hari Profesionalisme SMK Methodist(ACS) Kampar diakhiri dengan jamuan makan tengah hari. Sementara menunggu makanan tengahari disediakan, kami sempat menyaksikan pengetua dan beberapa orang guru lelaki meniti titi gantung merentasi sungai kecil. Makanan tengah hari yang disediakan amat menyelerakan. Lauk ayam rendang dan ada sambal dan ulam bercampur ikan masin. Semua guru nampak berselera. Ada yang tambah nasi. Agaknya selepas penat menaiki tangga tentunya banyak tenaga yang hilang. Perut pula tentunya lapar. Selepas kenyang menjamu selera, para guru balik ke rumah masing-masing pada jam 1 petang.


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE 85


Pada 18 April bersamaan hari Sabtu yang lalu, SMK Methodist (ACS) Kampar telah mengadakan Kejohanan Sukan Kali Ke-85. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Lee Chee Leong. Timbalan Menteri Luar Malaysia. Kejohanan Sukan pada kali ini diadakan di Padang MDKS, Kampar, Perak.
  Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari.. Acara pertama ialah perarakan pasukan rumah sukan dan lintas hormat pasukan unit beruniform. Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar kejohanan sukan oleh olahragawan saudara Jeeventhiran A/L Micheal. Kemudian En. Lai Man Keong, pengetua SMK Methodist (ACS) Kampar dijemput untuk memberikan ucapan. Sukan Tahunan dirasmikan oleh Dato’ Lee Chee Leong. 
Majlis diteruskan pula dengan persembahan Pancaragam Sekolah dan Pasukan Senamrobik. Acara di padang bermula dengan acara larian 100m, 4x 200m, 4x 100m dan acara tarik tali. Upacara penutup sukan tahunan sekolah ialah upacara penyampaian hadiah.
 Pemenang bagi acara tarik tali bagi perempuan dan lelaki, masing-masing telah dimenangi oleh rumah kuning. Johan bagi perbarisan unit beruniform jatuh kepada pasukan St John Ambulans. Johan bagi perbarisan antara rumah pula telah dimenangi oleh runah merah. 
Berdasarkan pencapaian dalam sukan tahunan, Shema Jesliah a/p David Vethamonikam dari rumah biru telah dipilih menjadi Olahragawati Perempuan Ketagori Kelas 2, manakala Kishen Kumar a/l Uthayer telah dipilih sebagai Olahragawan Kategori Lelaki Kelas 2. Olahragawati bagi Kategori Perempuan Kelas 1 pula ialah Keshvini a/p Suresh Kee dan Olahragawan bagai Kategori Lelaki Kelas 1 pula ialah Elangovan a/l Rajendran. Olahragawan bagi tahun 2009 telah jatuh kepada saudara Elangovan a/l Rajendran. Olahragawati pula jatuh kepada saudari Keshvini a/p Suresh Kee. Johan Keseluruhan sukan tahunan sekolah jatuh kepada rumah biru.
Pada Sukan Tahunan kali ini, terdapat dua rekod baru yang dipecahkan iaitu rekod baru bagi acara 800m kategori perempuan kelas 2 yang dibuat oleh Shema Jesliah a/p Vethamonikam dengan catatan masa 3.05.25 minit . Manakala rekod baru bagi larian 1500m( terbuka perempuan) telah dipecahkan oleh Ashvin Kaur a/p Sukh Darshan Singh, dengan catatan masa 6.15.03 minit. Johan Keseluruhan sukan tahunan sekolah jatuh kepada rumah biru







(p.s Ada masalah teknikal pada gambar-tarikh tak betul.Sorry ek!)

Monday, December 7, 2009

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH







Pada 17 Januari 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (ACS) Kampar telah mengadakan satu aktiviti merentas desa peringkat sekolah. Aktiviti ini telah berlangsung di Kompleks Rakan Muda, Batu Putih, Kampar dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Methodist (ACS) Kampar iaitu, Encik Lai Mann Kheong. Objektif aktiviti ini adalah untuk memilih pelajar-pelajar yang layak untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah. Di samping itu, pertandingan merentas desa diharapkan dapat membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar dan guru serta mewujudkan perpaduan sesama pelajar dan guru.
 
Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah melibatkan semua pelajar SMK Methodist (ACS) Kampar. Acara terbahagi kepada empat kategori iaitu kategori Lelaki Bawah 15, Perempuan Bawah 15, Lelaki Bawah 18 dan Perempuan Bawah 18. Dalam acara ini, para pelajar harus melalui beberapa laluan sekitar Batu Putih, Kampar dan kembali semula ke Kompleks Rakan Muda, Kampar.


Sunday, December 6, 2009

LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH 2009




GURU PENASIHAT : EN. HARDAVE SINGH VIRK
  EN. CHANG HON WOON
  EN. VARATHARAJOO
KETUA PENGAWAS : SATIYA A/P VESULINGAM
TIM. KETUA PENGAWAS I : PANG FOONG MEI
TIM. KETUA PENGAWAS II : KHO BOO KEONG
KETUA UNIT PERJIMPUNAN I : JUSWEEN KAUR A/P NARANJAN SINGH
KETUA UNIT PERHIMPUNANII : ANILJEET SINGH A/L PIARA SINGH
KETUA UNIT REKOD : CHANG KOK LIANG
KETUA UNIT DUTI : HARNIDA SALINI
SETIAUSAHA : MOK JHOYEE
PENOLONG SETIAUSAHA : CHAN KHOON CHUNG
BENDAHARI : ONG YEAN HUNG
PENOLONG BENDAHARI : CHOW SEN HON
KETUA PUBLISITI : CHEAH FIO NE
KETUA TEKNIKAL : LIM CHEE CHUNG
PENOLONG TEKNIKAL : MANIMARAN A/L VENSEN
WAKIL DC I : MOHANA KANAGES A/P BATUMALAI
WAKIL DC II : SOO WAI HOE
WAKIL TINGKATAN 5 : MOGAN RAJ
  ZULAIKHA
WAKIL TINGKATAN 4 : RAVINJEET SINGH
  POH CHIU HUEY
WAKIL TINGKATAN 3 : LEE KAI WENG
  THANG KA MUN
WAKIL TINGKATAN 2 : DEVASEHNAN A/L ARCHUNAN
  CHEN CHOY MEI
WAKIL TINGKATAN 1 : LOH GAR LOK
  LUM WAI BIN

AKTIVITI TAHUNAN
1. Temuduga untuk memilih Pengawas sekolah bagi sesi 2009.
2. Majlis Pengesahan Perlantikan Pengawas Sekolah.
3. Mengadakan Kem Motivasi dan Kepimpinan Pengawas Sekolah 2009 di Kem Kuala Dipang anjuran Lembaga Pengawas Sekolah.
4. Sambutan Sukan Tahunan.
5. Menyertai Kursus Kepimpinan Di Hotel Grand Kampar bagi AJK sahaja.
6. Mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
7. Mengadakan ‘spotchecks’
8. Gotong – royong membersihkan bilik pengawas
9. Perlantikan AJK Pelapis Lembaga Pengawas Sementara
10. Mesyuarat Agung Tahunan
11. Pengumuman ahli Lembaga Pengawas Sekolah tahun 2010.
12. Pemberian Sijil kepada pengawas Tingkatan 5 dan Jamuan Perpisahan.

Thursday, December 3, 2009

STAF AKADEMIK


Duduk dari kiri :
Pn Jaswant Kaur , Pn Norhayati, Pn Hajah Zaiton, En Zan’Asri, En. Lai Mann Kheong, En. Choo Fai Woh. En. Mohammed Hanif, En. Chang Cheng Yau, Cik Hajah Noorlia

Baris kedua (dari kiri):
Pn Hajah Haslinda, Pn. Hanah, Pn Roslinawati, Pn Juminah, Pn Fadzilah, Pn Nor Aidillina, Pn Noraini, Pn Cheah Yoke Chun, Cik Hajah Mazaidatul, Pn. Lily, Pn Hajah Suratti, Pn Chai Wai Yoong, Pn Khadijah

Baris ketiga (dari kiri) :
Cik Azwani, Cik Nurulasyikin, Cik Emma Emillia, Cik Thatchani, Cik Norhashila, Pn Khairulaniza, Cik Azida, Pn Fatimahwati, Cik Rosnida.

Baris keempat (dari kiri):
En. Ab. Muttalib, En. Chong Keat Meng, En. Malek, En. Megat, En. Varatharajoo, En Abdul Rahman, En Hardave, Tn Haji Nor Aznan, En Yong Jun Wei, En Leong Kok On, En. Mohd. Zulhelme, En. Lai Chin Weng, En Chang Hon Woon, En Rozaimi, En. Rajasekharan.

(Tiada dalam gambar : Cik Krishnavani, dan Pn Amnah)

LAPORAN MGK


Laporan Majlis Guru Dan Kakitangan 2009

Pengerusi : Pn. Hjh Zaiton Bt. Ahmad Zahari
Naib Pengerusi : En. Chang Cheng Yau
Setiausaha : Pn. Haslinda Bt. Hassan
Naib Setiausaha : Cik Norhashila Bt. Md Zuhir
Bendahari : Cik Nurulasyikin Bt. Zalaludin
Penolong Bendahari : En Mohd Zulhelmi B. Zilkifli (guru)
  Pn Rohaiza Bt Aziz (kakitangan)
AJK : 1) Pn Amnah Bt Omar
  2) Pn Nor Aidilina Bt Mohd Ramli
  3) En. Hardave Singh A/L Tanah Singh
  4) En Abdul Rahman Bin Mohd Sharif
  5) Pn. Fadzilah Bt. Sharif
  6) En. Lai Chin Weng 
  7) Cik Krishnavani a/p Ramachandran
  8) Pn. Suhara Bt. Omar
  9) En. Zamruddin Bin Muji 


Aktiviti Tahunan

1. Januari :Jamuan Perpisahan Bagi Encik Mohammad Bin Latiff
2. April : Mesyuarat Agung MGK kali ke-1
3. Julai : Mesyuarat AJK MGK kali yang pertama
4. Ogos : Lawatan 
5. September : Mesyuarat AJK MGK kali kedua
6. Oktober : Jamuan Tahunan



Disediakan oleh,
Cik Norhashila
Naib Setiausaha MGK 2009

LAPORAN PIBG

Jawatankuasa PIBG SMK Methodist (ACS) 2009/2010

  Penasihat En. Lai Mann Kheong  
  Pengerusi En. Tai Mun Hong
  Naib Pengerusi En. Fong Choong Ee
  Setiausaha Pn. Fatimah Wati Abd Hamid
  Pen. Setiausaha Cik Norhashila Md Zuhir
  Bendahari Pn. Lily a/p Rajagobal
  Pen. Bendahari Cik Thatchani 
   
  Jawatan kuasa Pn. M. Saraswathy
  (Ibu Bapa) En. Shaari
  Pn. Norhayati Ramli
  En. Lai Chin Weng
  En. Varatharajoo a/l Muruthan

  Jawatan kuasa En. Chong Keat Meng
  (Guru-guru) Cik Nor Azida Abd Rahman
  Cik Krishnavani a/p Ramachandran
  En. Mohd Zulhelme b. Zulkifli
  Cik Nurulasyikin bt. Zalaluden
   
  Juruaudit En. Leong Kok On
  Pn. Chan Annie 

Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2008/2009
   
  Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 telah diadakan pada 28 Februari 2009, hari Sabtu jam 9.00 pagi bertempat di Dewan SMK Methodist ACS Kampar. Seramai 40 orang ibu bapa dan guru telah menghadiri mesyuarat agung ini. PIBG berfungsi untuk merapatkan hubungan di antara ibu bapa dan guru-guru untuk bersama-sama membantu mempertingkatkan kemajuan para pelajar sekolah ini.

Aktiviti yang telah dijalankan :
1. Mengadakan mesyuarat AJK berserta jamuan.
2. Memberi bantuan pembayaran yuran kepada 9 orang pelajar.
3. Memberi sumbangan untuk majlis Hari Kemerdekaan dan Hari Anugerah Sekolah 2008.
4. Sumbangan cenderahati untuk guru pelatih.
5. Sumbangan pembelian meja plastik untuk Dewan Peperiksaan Sekolah.
6. Membiayai pembinaan tandas guru perempuan.
7. Membiayai untuk program Akademik PMR dan SPM 2008
8. Memberi hadiah (Anugerah Penggalak) kepada pelajar yang berjaya di dalam bidang sukan olahraga di peringkat MSSPK.
   
  PIBG turut bercadang untuk mengadakan beberapa projek untuk mempertingkat mutu akademik para pelajar sekolah ini.

  Akhirnya bagi pihak AJK, saya berharap kerjasama yang lebih erat harus dikekalkan di antara PIBG dan pihak sekolah demi kemajuan sekolah, masyarakat dan negara.



Fatimah Wati Abd Hamid
Setiausaha PIBG sesi 2009/2010
 


 

  

TOKOH PELAJAR 2009



Biodata Diri
Nama : Satiya a/p Vesulingam
Tarikh Lahir : 07 - 02 - 1992
Tingkatan : 5 Sains 1

Pencapaian Dalam Bidang Akademik

1. Mendapat tempat pertama dalam kelas dan keseluruhan tingkatan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.  
2. Pelajar cemerlang PMR 2007 (8A)

Jawatan Yang Disandang  
1. Ketua Pengawas Sekolah Tahun 2009
2. Pengerusi Unit Renjer Puteri dan Pandu Puteri Tahun 2009
3. Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Tahun 2009
4. Naib Pengerusi Persatuan Bahasa Tamil Tahun 2009
5. Setiausaha Kem Motivasi Pengawas sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Tahun 2008.
6. AJK Kelab Badminton (2008 – 2009)
7. AJK Sidang Redaksi Kacsian Tahun (2008 – 2009)
8. AJK Minggu Bahasa Melayu Tahun 2008

Pencapaian Dan Penyertaan Dalam Bidang Kokuruikulum
1. Tempat ketiga dalam Pertandingan Mendeklamasi Sajak dalam Bahasa Tamil Peringkat Negeri Perak Tahun 2009.
2. Johan Pertandingan Mendeklamasi Sajak dalam Bahasa Tamil Peringkat Daerah Kinta 2 Tahun 2009.
3. Johan Pertandingan Public Speaking dlm Bahasa Tamil Peringkat Daerah Kinta 2 Tahun 2008
4. Johan Kuiz Pengguna Peringkat Daerah Kinta 2 Tahun 2008.
5. Naib Johan Pertandingan Public Speaking dalam Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Kinta 2 Tahun 2009.
6. Naib Johan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala KPPM Peringkat Daerah Kinta 2 Tahun 2009
7. Mewakili sekolah dalam Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Kinta 2. (2008 dan 2009)
8. Mewakili sekolah dalam Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Kinta 2 Tahun 2009
9. Mewakili sekolah dalam Kuiz Kimia Kebangsaan, Kuiz Fizik Kebangsaan, dan Kuiz Pelancongan.
10. Mewakili sekolah dalam Kuiz Pelaburan PNB anjuran 
  Perbadanan Nasional Berhad Tahun 2009.
11. Mewakili sekolah dalam Kem Bahasa Inggeris Daerah Kinta.
12. Mewakili sekolah untuk pembentangan Projek Kitar Semula di Hotel Grand Kampar
13. Wakil rumah Biru dalam acara lempar cakera.
14. Mewakili Sekolah dalam Pertandingan Folio Kerjaya Peringkat Daerah Kinta 2 Tahun 2008
15. Mewakili sekolah dalam Kursus Pengurusan Persatuan dan Kelab Permainan Sekolah Menengah Daerah Kinta Tahun 2008
16. Pendebat Terbaik dan Johan Pertandingan Debat ala Parlimen anjuran Persatuan Bahasa Melayu Sekolah (2007 -2008)
17. Naib Johan Pertandingan Debat Bahasa Inggeris anjuran Persatuan Bahasa Inggeris Sekolah 2008
18. Johan Public Speaking anjuran Persatuan Bahasa Inggeris Sekolah 2008
19. Naib Johan Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Pidato dan Forum Remaja anjuran Persatuan Bahasa Melayu Sekolah 2008
20. Johan Kuiz Komsas anjuran Persatuan Bahasa Melayu Sekolah (2007 -2008)
21. Menyertai Pertandingan Kawad Kaki Sempena Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah 2008

SELAMAT DATANG PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM) YANG BARU!

SELAMAT DATANG PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM) YANG BARU!




SMK Methodist (ACS) Kampar amat bertuah kerana telah menerima kehadiran Penolong Kanan HEM yang baru iaitu Yang Mulia Tunku Shamsuddin bin Tunku Nadzri. Beliau telah bertukar ke sekolah ACS Kampar pada 17 Ogos 2009 (menggantikan En Choo Fai Woh yang telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Cemerlang DG48).

Yang Mulia Tunku Shamsuddin merupakan guru yang berpengalaman dan pernah mengajar di beberapa buah sekolah. Beliau pernah mengajar di sekolah-sekolah berikut: 

1. SM Serdang (1977-1981)
2. SM Buyong Adil, Tapah (1982-1984)
3. SM Datok Panglima Perang Kiri, Tapah (1984-1987)
4. SM Mahsuri, Langkawi (1987-1991)
5. SM Kedawang, Langkawi (1991-1994)
6. SM Bandar Sungai Petani, Kedah ( 1994-1995)
7. SM Hamid Khan, Tapah (1995-1996)
8. SM Air Kuning, Mambang Diawan, Kampar (1996-1998)
9. SMK Pei Yuan, Kampar ( 1998-2001)
10. SMK Sungai Manik ( 2001-2009)

Yang Mulia Tunku juga seorang guru yang banyak memberi sumbangan dalam kokurikulum terutama dalam sukan catur. Beikut ialah sumbangan beliau dalam sukan catur di peringkat komuniti/daerah/negeri.

1. Pemain Catur Negeri (PSKPP- 2002)
2. Jurulatih Catur Pasukan Daerah Hilir Perak ( 2002-2006)
3. Pengadil Catur Peringkat Daerah & Negeri (2002-2006)
4. Penegrusi Teknik dan Pembangunan Sukan (Catur) Daerah Hilir Perak (2004-2005)

Sesungguhnya semua warga ACS menyambut baik kehadiran Yang Mulia Tunku ke sekolah ini.

LAPORAN BIDANG BAHASA

Guru Kanan Bahasa : En Lai Chin Weng
Ketua Panitia Bahasa Melayu : Pn Hajah Zaiton bt Hj Ahmad Zahari
Ketua Panitia Bahasa Inggeris : En Choo. Fai Woh
Ketua Panitia Bahasa Cina : Pn Chai Wai Yoong
Ketua Panitia Bahasa Tamil : En Rajasekharan a/l Ramamoorty
Ketua Panitia EST : En Leong Kok On

Laporan Panitia Bahasa Melayu

1 Program Peningkatan Kurikulum
 a. Program Kecemerlangan Akademik -  
  i Program Menggilap Sinar untuk pelajar potensi cemerlang
  ii Program Menyemai Harapan untuk pelajar potensi lulus
  iii Kem Motivasi Bahasa Melayu untuk pelajar potensi lulus
  iv Kelas Bimbingan Berfokus untuk pelajar potensi lulus
  v Program Sehari Bersama Panitia Bahasa Melayu
  vi Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM/PMR
  vii Jawab Untuk Skor A ( Modul JUSA) JPN Perak
  viii Modul Soalan Gemilang Kinta Selatan
  ix Kelas KePPL PMR/SPM (Kelas Pelajar Potensi Lulus)
  x Menjawab Soalan-soalan Percubaan negeri-negeri 

2 Program Perkembangan Staf
 a. Kursus Teknik Pemeriksaan Kertas Bahasa Melayu PMR/SPM
 b. Penyediaan JPU Bahasa Melayu
 c. Pelaksanaan ULBS/PLBS dalam P&P

3 Kokurikulum
 a. Program Minggu Bahasa Melayu (17 Julai – 31 Julai 2009)
  Aktiviti Yang Dilaksanakan:
  i Majlis Perasmian dan Majlis Penutup Minggu Bahasa
  ii Pertandingan Menulis Esei Menengah Atas/Rendah
  iii Pertandingan Kuiz Komsas
  iv Pertandingan Menulis Cerpen Menengah Atas
  v Pertandingan Menulis Ulasan Cerpen Tingkatan 4 dan 5
  vi Pertandingan Mencipta Sajak Menengah Atas
  vii Pertandingan Mencipta Pantun Menengah Atas
  viii Pertandingan Drama Komsas
  ix Pertandingan Kuiz Terbuka
 
Disediakan oleh:
Pn Hajah Zaiton bt Hj Ahmad Zahari
Ketua Panitia Bahasa Melayu

 
 Report From English Panel

Activities carried out include:
1. Involve in training of students for Kinta Selatan District level competitions.
  Results of competitions participated in :
a) Public speaking : Runners-up (V Satiya)
b) Debate : Semi finals
2. School level essay-writing competition
3. Intensive coaching programmes for PMR and SPM candidates
  a) High achievers
  b) Potential passes
4. Establishment of resource center/Self-Access Centre for the learning of English.

We regret the passing on of our former Head of Panel, Pn jaswant Kaur.

Mr Choo Fai Woh
Head of English Panel

Laporan Panatia Bahasa Cina

1. Program Peningkatan Kurikulum
  a. Program Gerak Gempur PMR dan SPM
  b) Teknik Menjawab Soalan PMR dan SPM

2. Kokurikulum
  a) Pertandingan Kuiz _pengetahuan asas sastera Cina.
  b) Pertandingan Kaligrafi Cina
  c) Pertandingan Rekaan T-shirt
  d) Pertandingan Catur Cina
  e) Pertandingan Mengarang Esei dalam bahasa Cina

Disediakan oleh ;
Pn Chai Wai Yoong
Ketua Panitia Bahasa Cina

Laporan Panitia Bahasa Tamil

1. Program Peningkatan Kurikulum
  a. Program Gerak Gempur PMR dan SPM
  b) Teknik Menjawab Soalan PMR dan SPM

2. Kokurikulum
a) Pertandingan Karnival Bahasa Tamil
b) Pertandingan Menulis Esei
c) Pertandingan Kuiz Sastera Tamil
d) Lawatan Sambil belajar ke Kuala Lumpur

Disediakan oleh:
En Rajasekharan a/l Ramamoorty
Ketua Panitia Bahasa Tamil

LAPORAN BIDANG SAINS DAN MATEMATIK TAHUN 2009

Ketua Bidang : Cik Hjh. Noorlia Bt. Hj. Baharuddin
Ketua Panitia Biologi : Puan. Nor Aidillina Bt. Mohd.Ramli
Ketua Panitia Kimia : Cik Hjh. Noorlia Bt. Hj. Baharuddin
Ketua Panitia Fizik : Pn. Cheah Yoke Chun
Ketua Panitia Matematik : Cik FatimahWati Bt.Abd. Hamid
Ketua Panitia Sains ( SPM ) : Pn.Nor Hanah Bt. Abd. Rahim
Ketua Panitia Sains ( PMR) : En. Abdul Rahman Bin. Mohd.Shariff


PROGRAM KURIKULUM : 
• Peningkatan pencapaian keputusan PMR dalam mata pelajaran Sains dan Matematik bagi tahun 2008. Ini menyumbangkan 59.4 % pelajar tingkatan 4 pada tahun ini dalam Aliran Sains dan Teknologi.
• Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dari tingkatan 1 hingga 5 diteruskan untuk tahun yang ke tujuh.
• Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA ) dijalankan sepanjang tahun dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
• Melaksanakan program Peningkatan Akademik (PMR & SPM ) melalui;
- Program Diagnostik,
- Program Latih Tubi Berfokus,
- Program WAJA,
- Program Peningkatan Akademik melalui Kelas Bimbingan,
- Ceramah Teknik Menjawab Kertas Peperiksaan.


KOKURIKULUM
Memberi pendedahan kepada para pelajar dalam pelbagai aktiviti luar supaya dapat meningkatkan pengetahuan . Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah;
• Mengadakan Lawatan sambil Belajar ke Planeterium dan Aquarium di Kuala Lumpur.
• Penglibatan dalam pertandingan 
- Kuiz Fizik Kebangsaan- Bulan Julai
- Kuiz Kimia Kebangsaan-Bulan Julai
- Kuiz Sains Nasional- Bulan Mac
- Karnival Sains dan Teknologi peringkat Daerah Kinta Selatan- Bulan Jun.

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)

Pengerusi : En Lai Mann Kheong
Naib Pengerusi: En Zan ‘Asri b Tasir
Setiausaha : Pn Norhayati Ramli
AJK : En choo Fai Who
  Pn Hjh Zaiton bt Hj Ahmad Zahari
  Tn Hj Nor aznan b Karim
  En Chang Cheng Yau
  En Lai Chin Weng
  Cik Hjh Norlia bt Baharuddin
  En. Yong Jun Wei

Kursus-kursus yang dijalankan: -
1. Hari Profesionalisme
2. Pengurusan stok
3. EDU Web TV
4. Pembentangan Kajian Tindakan
5. Pengurusan Tekanan
6. Pengurusan Kewangan
7. Aplikasi ICT
8. Pembinaan Item/ Analisis Item
9. Pelan Strategik/ Head Count
10. Kursus Kepimpinan Berkesan


Disediakan oleh :
Pn Norhayati Ramli

LAPORAN BIDANG KEMANUSIAAN

Ketua Bidang : Pn Norhayati Ramli
Ketua Panitia Sejarah : Pn Norhayati Ramli
Ketua Panitia Geografi: En Rozaimi Rafli
Ketua Panitia P. Moral : En Lai Chin Weng
Ketua Panitia P. Seni : En Chang Hon Woon
Ketua Panitia P. Islam : Ustazah Amnah Omar
Ketua Panitia PJK : En Zulhelme Zulkifli
Ketua Panitia P. Sivik : Cik Norhashila Md Zahir
Ketua Panitia Sains Sukan : Pn Hajah Haslinda Hassan

A. Program Kurikulum
1. Melaksanakan Program Peningkatan Akademik PMR dan SPM seperti:
a. Program Menggilap Sinar
b. Program Menggalas Harapan
c. Kelas Tambahan
d. Teknik Menjawab Soalan
e. Latih tubi soalan-soalan Percubaan Negeri :Lain

B. Program Ko-kurikulum 
a. Lawatan Sambil Belajar
b. Projek Khidmat Masyarakat – Melawat Rumah Orang Tua
c. Aktiviti Bulan Kemerdekaan
d. Tadarus al-Quran/Tilawah/ Hafaza/Nasyid


Disediakan oleh:

Pn Norhayati Ramli
Ketua Bidang Kemanusiaan

PELAJAR CEMERLANG 2008

THAM WEI LIK

THAM WEI LIK BERSMA PK 1 EN ZAN'ASRI

LAPORAN KOKURIKULUM 2009

JAWATANKUASA INDUK


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM : EN MOHD HANIFF B MD SAAD
SETIAUSAHA KOKURIKULUM : PN HJH HASLINDA BT HASSAN
PENOLONG SETIAUSAHA : PN FADZILAH BT SHAFIE
PENYELARAS UNIT BERUNIFORM : EN VARATHARAJOO A/L MURUTHAN
PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN : EN MD ZULHELME ZULKIFLI
PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN ;CIK NURULASYIKIN MD ZALALUDEN
SETIAUSAHA SUKAN : EN HARDAVE SINGH
KAUNSELOR ; EN AZNAN B KARIM



PROGRAM KOKURIKULUM

1. Mengadakan perkhemahan perdana unit beruniform 
2. mengadakan program Sambutan Maulidur Rasul , Program motivasi anjuran persatuan agama islam
3. Mengadakan kem motivasi – Pusat Sumber Sekolah
4. Menyertai pertandingan koir peringkat daerah
5. Menyertai pertandingan pertandingan badminton, merentas desa,olahraga ,catur,bolajaring,bola baling, bola sepak peringkat daerah,negeri dan kebangsaan
6. Menyertai pertandingan menembak- Kadet Polis
7. Menyertai pertandingan kuiz pengguna – Kelab Kewangan dan Pengguna
8. Menyertai Debat ala parlimen, forum remaja –Persatuan Bahasa Melayu
9. Menyertai pertandingan roket dan robotic – Persatuan Sains dan Matematik
10. Menyertai pertandingan memasak peringkat daerah –Kelab ERT
11. Mengadakan minggu bahasa melayu dan bahasa inggeris
12. Mengadakan perkhemahan setiap unit beruniform
13. Mengadakan lawatan sambil belajar – Persatuan Sejarah dan Geografi ,Persatuan Sains dan Matematik,Kelab Kewangan dan Pengguna, Kelab Seni Lukis
PENCAPAIAN

PERINGKAT DAERAH 

OLAHRAGA : PERINGKAT DAERAH
  5 EMAS, 10 PERAK 9 GANGSA
  4 orang pelajar mewakili daerah ke peringkat negeri


CATUR : PERINGKAT DAERAH
  JOHAN , NAIB JOHAN,KETIGA (L 15)
  NAIB JOHAN, KEEMPAT (P15)
  JOHAN, NAIB JOHAN (L18)
  NAIB JOHAN (P18)

  PERINGKAT NEGERI
  JOHAN (L15)
  NAIB JOHAN (L18)

  PERINGKAT KEBANGSAAN
  NAIB JOHAN (L15)
  TEMPAT KEENAM (L18)

BAHASA MELAYU : PERINGKAT DAERAH
  NAIB JOHAN (DEBAT ALA PARLIMEN)
  PESERTA TERBAIK BULAN BAHASA & KEBUDAYAAN
  MELAYU KINTA SELATAN
  JOHAN PERTANDINGAN MENCIPTA SAJAK
  JOHAN MENULIS CERPEN
  NAIB JOHAN MENULIS ULASAN BUKU TINGKATAN 4
  JOHAN KUIZ KOMSAS
  JOHAN MENULIS ULASAN BUKU TINGKATAN 5
  NAIB JOHAN MENULIS ESEI

BADMINTON : PERINGKAT DAERAH
  JOHAN, KEEMPAT (P15)
  TEMPAT KETIGA (L15)
  TEMPAT KETIGA (P18)

BOLA BALING : SEORANG PELAJAR MEWAKILI DAERAH KE PERINGKAT NEGERI DAN SUPER

KADET POLIS : 2 PELAJAR TERPILIH MENYERTAI KEJOHANAN MENEMBAK KOR KADET POLIS KE 39 KONTINJEN PERAK PGA ULU KINTA

DISEDIAKAN OLEH

PN HJH HASLINDA HASSAN
SETIAUSAHA KOKURIKULUM



   



  

Laporan Bidang Teknik dan Vokasional Tahun 2009

Ketua Bidang : En. Chang Cheng Yau
Ketua Panitia Kemahiran Hidup I : En. Malek bin M. Zahari
Ketua Panitia Kemahiran Hidup II : Pn. Hjh Suratti Bt. Basuki
Ketua Panitia Reka Cipta : En. Abdul Mutallib Bin Abu Bakar
Ketua Panitia Matematik Tambahan : En. Chang Cheng Yau
Ketua Panitia Prinsip Perakaunan : Pn. Fadzilah Bt. Shafiee
Ketua Panitia Perdagangan : Pn. Fadzilah Bt. Shafiee


A. Program Kurikulum

Panitia Kemahiran Hidup 
1. Kelas Bimbingan Projek PMR (Khusus untuk membantu pelajar lemah menyiapkan projek PMR).
2. Latih tubi berfokus peperiksaan.
3. Kelas Tambahan untuk pelajar PMR.
4. Program Gerak Gempur PMR (Soalan klon PMR dan soalan percubaan negeri lain).
5. Program Menggilap Sinar (PMR)
6. Program Menyemai Kasih (PMR)

Panitia Rekacipta
1. Lawatan Pentaksir Kawasan membantu pelajar-pelajar membuat kerja kursus SPM.
2. Kelas Bimbingan Kertas 2 SPM oleh Pentaksir Kebangsaan En. Amin B. Ariffin. 
  Peringkat Daerah Kinta Selatan.
3. Gerak Gempur 1 dan Gerak Gempur 2 (Soalan JPN)
4. Program Menggilap Sinar (SPM)
5. Teknik Menjawab Soalan SPM

Panitia Prinsip Perakaunan
1. Latih tubi berfokus peperiksaan
2. Learning to Score
3. Program Menggilap Sinar
4. Program Menyemai Kasih
5. Perbincangan Cara Permarkahan Dua Pensijilan.
6. Gerak Gempur 1 dan Gerak Gempur 2 (Soalan JPN)

Panitia Perdagangan
1. Latih Tubi Topikal
2. Kelas Pengayaan.
3. Teknik Menjawab Soalan Kertas 2.

Panitia Matematik Tambahan
1. Latih Tubi Topikal
2. Program Gerak Gempur SPM (Soalan klon SPM dan soalan percubaan negeri lain).
3. Program Menyemai Kasih (SPM)
4. Practice Module Answer To Score (ATS 2009)
5. Program WAJA 2009
6. Teknik menjawab soalan Peperiksaan SPM
7. Projek Matematik Tambahan 2009 untuk pelajar Tingkatan 5.



B. Program Kokurikulum

Panitia Kemahiran Hidup 
1. Pertandingan Memasak Peringkat Daerah (Memenangi Tempat Ketiga)
2. Hari Kokurikulum – Mengadakan kelas ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran.
3. Kuiz Kemahiran Hidup Pelajar PMR

Panitia Matematik Tambahan
1. Minggu Sains dan Matematik
2. Program Motivasi Matematik Tambahan SPM di SMJK Yuk Kwan, Batu Gajah.
3. Taklimat Pemantapan Guru dalam P&P Matematik Tambahan Daerah Kinta Selatan 2009.
4. Bengkel Guru ”Topical Workshop for Additional Mathematics” Untuk Peperiksaan SPM 2009.
5. Bengkel Matematik Tambahan Untuk Guru-Guru Daerah Kinta Selatan Tahun 2009.

Panitia Perdagangan
  Tiada

Panitia Prinsip Perakaunan
1. Kem Latih Tubi Peringkat Daerah Kinta Selatan di SMK Tronoh
2. Taklimat Dua Pensijilan – Instrumen Pentaksiran 3756/2 Prinsip Perakauanan Kertas 2 (SPM) dan
  Program Gerak Gempur di Tower Regency Hotel, Ipoh..
3. Kursus Orientasi Semakan Semula Sukatan Baru Pelajaran Prinsip Perakaunan 2010.

Panitia Rekacipta
1. Kem Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan SPM Reka Cipta Kertas 1 Peringkatan Daerah.

SENARAI PELAJAR CEMERLANG SPM 2008

Wednesday, December 2, 2009

SEJARAH SEKOLAH


Pekan Kampar yang pada masa dahulunya terkenal sebagai pekan perlombongan yang pesat. Ia hanya terdiri daripada beberapa lorong kedai dan rumah papan. Kebanyakan daripada penduduknya terdiri daripada orang Kantonis dan Hakka yang mempunyai kaitan yang rapat dengan industri perlombongan. Anglo-Chinese School telah mula diasaskan hampir seabad yang lalu iaitu pada bulan April 1903 oleh seorang mubaligh Kristian berbangsa Inggeris dari mazhah Gereja Methodist. Nama beliau ialah Reverend William E. Horley. Beliau merupakan seorang Padri Kristian dari mazhah Gereja Methodist di Asia Tenggara. Dengan pembukaan sekolah ini maka bermulalah sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya bagi kanak-kanak di sekitar kawasan Kampar, Perak pada ketika itu. Pada masa itu masyarakat Cina merupakan penduduk majoriti di pekan itu dan oleh itu hanya pendidikan China sahaja yang terdapat di situ. Visi beliau yang bijak itulah akhirnya menjadikan sekolah ini antara sekolah yang terkemuka di Daerah Kinta Selatan. (13)
Rev. William E. Horley dilahirkan pada 5hb. Jun 1870. Beliau tiba ke Singapura pada tahun 2hb. April 1931. Beliau telah banyak berjasa dalam mengasaskan rangkaian Sekolah-Sekolah Methodist di seluruh Tanah Melayu. Beliau lebih dikenali sebagai pengasas Anglo-Chinese School, Ipoh. Ini ialah kerana beliau bertanggung jawab mengasaskan Anglo-Chinese School yang pertama di Perak pada bulan Ogos 1895, sepuluh tahun selepas Sekolah Methodist yang pertama di Tanah Melayu ditubuhkan di Singapura. Sekolah A.C.S. itu pada asalnya merupakan sebuah rumah Melayu beratap dengan bilangan pelajar seramai 4 orang sahaja. Di atas kegigihan usaha beliaulah Sekolah-Sekolah Methodist tumbuh di merata tempat di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. (14)
Hubungan beliau dengan sekolah-sekolah tidak berakhir selepas penubuhannya sahaja malah beliau terus menjalinkan hubungan yang rapat dengan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan di Sekolah-Sekolah Methodist ini. Personaliti beliau yang alim, ikhlas dan peramah ini sangatlah disanjungi oleh masyarakat A.C.S. semasa meletakkan batu asas untuk sebuah sekolah pada tahun 1904, beliau pernah berkata, "I am a lover of boys and I would like to see every lad get an equal chance to be fully equipped to fight life’s battles…. I trust that this school will be the seed plot of many virtues and that the lads…. May grow up to be a credit to the community –to this country. We want to teach the growing generation how to live noble, useful and good lives." (15)
Di sepanjang 37 tahun kariernya sebagai mubaligh, kebanyakan daripada masanya dihabiskan untuk berkhidmat di Ipoh dan Kuala Lumpur, kecuali di antara 1929-1931 apabila beliau dilantik sebagai District Superintendant di Singapura. Perletakan batu asas untuk sekolah Anglo-Chinese School, Kampar ini bermula pada April 1903 apabila Rev. W.E. Horley memulakan sebuah kelas Bahasa Inggeris di Chinese Methodist Church. Ini bermakna bahawa bangunan sekolah yang pertama itu merupakan sebuah rumah gereja. Pada masa itu seramai 45 orang pelajar telah berdaftar untuk kelas itu dan guru yang pertama di sekolah tersebut ialah En. Ling Ching Mi. (16) Kerajaan Inggeris pada masa itu telah memberikan geran khas untuk membayar gaji beliau. Kesemua pelajar pada masa itu terdiri daripada lelaki. Kaum perempuan tidak dibenarkan belajar pada ketika itu. Dua orang guru bernama En. Lo Wei Kwang dan En.Chong Wan Fook yang pernah mangajar di sekolah itu dan bersara pada tahun 1950 merupakan bekas pelajar-pelajar perintis sekolah satu kelas yang telah disebutkan tadi.
Permulaannya sebagai institusi pendidikan satu kelas di bangunan Chinese Methodist Church adalah di atas tanggungan pihak gereja. Walau bagaimanapun Rev. Horley telah berjaya memperolehi Geran Kerajaan untuk membayar gaji guru di situ. Pada tahun 1904, seorang lagi guru diambil untuk mengajar di sekolah itu dan beliau ialah En. Phong Ah Sang. Atas usaha gigih beliau, bilangan pelajar bertambah menjadi seramai 70 orang. (17) En. Phong Ah Sang berkhidmat di sekolah itu dari tahun 1904-1909. Dalam tahun 1906, Rev. W.E. Horley melaporkan kepada Methodist Annual Conference bahawa sekolah itu sedang berkembang dengan cepat. Beliau berkata, ".... I am sure that we would easily collect enough money to put up a fine building. Kampar is a rising town and growing rapidly." (18) Pada tahun 1910, En. Kwan Tien Poh yang berasal dari Melaka mengambil alih sekolah itu daripada En. Phong Ah Sang dan berkhidmat di sekolah itu selama setahun lamanya. Dalam tahun 1912, En. Chu Chong Khe berkhidmat sebagai Guru Besar selama dan seterusnya digantikan oleh En. Lim Eng Chuan yang juga berkhidmat selama setahun. Pada tahun 1915, Rev. Paul Ponniah telah dilantik sebagai Guru Besar di sekolah itu dan bilangan pelajar yang mendaftar menjangkaui 112 orang. (KASIAN 1978)
Oleh kerana sekolah itu mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan masyarakat tempatan Kampar maka masalah petempatan pelajar-pelajar kian ketara. Oleh itu Rev. Horley terpaksa membuat rancangan untuk membina sebuah bangunan yang cukup besar untuk menampung keperluan bilangan pelajar yang besar. Untuk mencapai matlamat ini, pihak gereja terpaksa berusaha untuk mencari derma di kalangan masyarakat tempatan. Perkara mendapatkan derma di kalangan masyarakat tempatan tidak menjadi masalah yang besar kerana bermula dari waktu itu keadaan fizikal sekolah ini berkembang secara berunsur-unsur.
Matlamat-Matlamat Penubuhan Sekolah Methodist
Gereja Methodist menpunyai hubungan yang rapat dengan American Methodist Church yang semenjak tahun 1784 telah mengarahkan mubaligh-mubaligh Methodist supaya mengembangkan pendidikan kepada golongan muda di mana-mana sahaja. Akibatnya American Methodist berjaya mengembangkaninstitusi-institusi pendidikan dan menguruskan lebih banyak sekolah berbanding dengan Badan Protestant yang lain. (19) Justeru itu memang tidak dapat dinafikan bahawa Gereja Methodist menpunyai matlamat-matlamat yang tertentu dalam usaha mereka untuk mengembangkan pendidikan Inggeris d Tanah Melayu. Pada keseluruhannya terdapat 4 sebab utama penubuhan Sekolah-Sekolah Methodist di Tanah Melayu dan saya rasa matlamat-matlamat ini juga berhubung kait dengan sekolah Anglo-Chinese School ini.
Matlamat-matlamat tersebut ialah seperti berikut :
Peyucian Diri Dari Segi Jasmani ( The Sanctity Of The Body ). Pelajar-pelajar digalakkan supaya menceburkan diri dalam kegiatan-kegiatan senaman seperti gimnastik dan olahraga. Kegiatan-kegiatan senaman ini penting untuk membentuk tubuh yang sihat.
Pembentukan Pemikiran Yang Cekap ( The Creation Of Mental Efficiency ). Ia bertujuan memupuk dan memperkembangkan daya kreativiti pelajar-pelajar ke tahap yang maksima dan justeru itu menyediakan sumber tenaga manusia yang boleh menyumbang ke arah pembangunan Tanah Melayu.
Pembentukan Nilai Moral yang Sempurna ( The Establishment Of An Unimpreachable Standard Of Morals ). Sekolah-sekolah Methodist ingin memainkan peranan dalam usaha untuk meningkatkan nilai moral di kalangan masyarakat Tanah Melayu. Ini ialah kerana nilai moral yang lemah boleh merosakkan tubuh badan dan pemikiran seseorang. Pihak gereja berpendapat bahawa nilai moral di kalangan generasi muda masyarakat Tanah Melayu telah kian merosot. Justeru itu Badan Methodist ingin memberikan sumbangan mereka dalam perkara ini.
Mengembangkan Ilmu Ketuhanan Kepada Pelajar ( The Coronation Of The Spiritual Motive). Pihak Sekolah-Sekolah Methodist memberikan penekanan yang tinggi terhadap nilai-nilai rohaniah. Oleh itu Sekolah-Sekolah Methodist berhasrat untuk memperkenalkan pelajar-pelajar kepada Tuhan atau Agama Kristian. (20)
Perkembangan Anglo-Chinese School, Kampar Sebelum Merdeka Dan Masalah- MasalahYang Dihadapinya ( 1915-1957 )
Tapak awal bangunan sekolah ini sebenarnya adalah tapak Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist (A.C.S) Kampar sekarang. Kedua-dua buah sekolah ini terletak bersetentangan di antara satu sama lain. Sekolah yang bermula dengan satu kelas dan mempunyai seorang tenaga pengajar sahaja (juga bertindak sebagai Guru Besar) pada tahun 1903 ini telah terus berkembang dari tahun ke tahun. Disebabkan bilangan pelajar yang berdaftar di sekolah ini kian bertambah maka tidak dapat tidak keadaan fizikalnya juga terpaksa diperkembangkan. Boleh dikatakan bahawa kebanyakan pelajar yang berdaftar untuk belajar di sini adalah terdiri daripada golongan kelas menengah yang berbangsa Cina. Ini ialah kerana pekan Kampar itu sendiri merupakan sebuah kawasan perlombongan di mana kebanyakan penduduknya terdiri daripada kaum Cina.
Seperti sekolah-sekolah mubaligh yang lain,sekolah Anglo-Chinese School, Kampar ini juga tidak terkecuali daripada dibebani oleh berbagai masalah semenjak penubuhannya. Dalam beberapa dekad seterusnya pihak pengurusan sekolah ini terpaksa mencari penyelesaian untuk masalah-masalah seperti kekurangan guru yang berkelayakan, kekurangan sumber kewangan untuk membayar gaji guru serta bagaimana hendak mencari sumber kewangan untuk menyediakan bilik darjah serta kemudahan-kemudahan asas yang lain untuk menampung keperluan bilangan pelajar yang semakin bertambah ramai. (21)
Rancangan untuk membina sebuah bangunan sekolah bermula sejak tahun 1915 apabila Rev. Paul Ponniah dilantik sebagai Guru Besar. Bilangan pelajar telahpun meningkat seramai 112 orang pada waktu itu. Beliau menyedari bahawa bangunan Chinese Methodist Church tidak mampu menampung bilangan pelajar yang begitu ramai. Oleh demikian, sebuah bangunan yang baru perlu dibina supaya mampu menampung keperluan institusi itu yang kian berkembang. Oleh itu dengan bantuan Rev. Horley, pihak sekolah itu berusaha untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada orang ramai. Untuk sementara waktu, sebuah bilik darjah sementara yang diperbuat daripada kayu telah dibina di sebelah Gereja Cina itu.
Rayuan untuk derma mereka itu mendapat sambutan daripada anggota masyarakat Kampar. Rev. Ponniah serta Jawatankuasa Bangunan yang diketuaioleh Rev. Horley telah melancarkan kempen pengutipan derma untuk membina bangunan sekolah baru yang berharga $27,000. (22) Dalam pada itu pihak Kerajaan telah meluluskan geran sebanyak $10,000 untuk tujuan itu. Kos asal untuk membina bangunan tersebut ialah $20,000 tetapi disebabkan Perang Dunia 1, harga barangan kian meningkat kepada $24,700. Seterusnya ditambahkan pula dengan kos pemasangan peralatan elektrik dan sistem paip serta perabot yang berjumlah $2,300 telah menjadikan jumlah kosnya sebanyak $27,000.
Seterusnya En. Eu Tong Sen telah mendermakan sekeping tanah (sebahagian daripada harta Coronation Hill ) untuk didirikan bangunan tersebut disamping wang tunai sebanyak $3,000. Berbagai rancangan telahpun dirangka dan usaha pengutipan derma telahpun dilancarkan tetapi telah tergendala akibat Perang Dunia 1. (23) Pada tahun 1917, En. Paul Ponniah berhijrah ke India dan En. V. John memangku jawatan Guru Besar selama setahun sehingga jawatan tersebut diambil alih oleh Rev. C.J. Hall. Di bawah pentadbiran beliaulah bangunan sekolah yang sudah lama tergendala pembinaannya telah berjalan semula dan akhirnya berjaya disiapkan pada tahun 1919. Bangunan sekolah ini mampu menampung bilangan pelajar seramai 320 orang. Setelah siap, sekolah itu pun berpindah ke tapak bangunan yang baru itu.
Kesemua ini dapat dijayaka hasil daripada usaha Rev. Horley yang telah banyak membantu En. Chan Yin Tit, Y.P. yangpada masa itu merupakan Ketua Kerani Jabatan Perlombongan di Daerah Kampar. En. Chan Yin Tit merupakan seorang pemimpin masyarakat yang dihormati di Kampar dan menjadi seorang ahli yang aktif dalam Jawatankuasa Bangunan Sekolah. Di atas kerjasama dan usaha beliau ini, wang kutipan yang banyak berjaya diperolehi daripada orang ramai di Kampar. Bersama-sama dengan Rev. Horley, mereka berjaya mengutip derma sebanyak $23,012. Pembinaan bangunan sekolah sekolah yang baru itu adalah tepat pada masanya kerana Gereja Cina itu terpaksa dipindahkan kerana Towkay Leong Kong Chen (pemilik tanah) mahu mengambil balik tapak tanah untuk tujuan perlombongan.Geraja Cina itu akhirnya dipindahkan ke tapak yang lain iaitu di tapak Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist (A.C.S) Kampar sekarang yang terletak di sepanjang Jalan Kuala Dipang. Untuk sementara waktu sebuah rumah milik seorang jurutera Inggeris telah dibeli untuk digunakan sebagai sekolah selama beberapa bulan sebelum bangunan sekolah itu siap. (24)
Bangunan sekolah tersebut telah dibuka secara rasminya pada tahun 1919 oleh En. R.G. Watson, iaitu Residen British di Perak. (25) Peristiwa yang penuh gemilang itu dimeriahkan lagi oleh perkhidmatan keretapi istimewa dari Ipoh ke Kampar, lawatan orang ramai ke Coronation Hill, tempat kediaman En. Tong Sen, perarakan murid-murid sekolah menerusi pekan Kampar yang dipimpin oleh Pasukan Pancaragam Perak serta Acara Sukan Olahraga yang pertama di sekolah itu.
Pada tahun yang sama, seramai 178 pelajar telah berpindah ke bangunan sekolah baru itu. Dalam tahum 1920, En. T.K. Cheong mula berkhidmat sebagai Guru Besar di sekolah tersebut. Selama 12 tahun berkhidmat di situ, beliau telah berjaya membuktikan diri sebagai seorang pentadbir yang cekap. Prestasi akademik mulai meningkat dan peluang-peluang diberikan kepada pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan ko-kurikulum seperti bola sepak, bola keranjang dan Pengakap. Dalam tahun 1924, Pasukan Pengakap Kampar yang pertama ditubuhkan oleh Ketua Pengakap, En. Lee Chak Pong. Kecekapan Pasukan Pengakap tersebut membolehkannya dipilih untuk mewakili Perak di Jambori Negeri Selangor. Pasukan First Kampar Scout merupakan pasukan pangakap yang terkemuka dari segi kecekapan serba boleh di kalangan pasukan-pasukan pengakap di Perak
Di sepanjang tahun 1920 an, sekolah ini telah mencapai kemajuan membanggakan di dalam pelbagai lapangan. Di samping itu bilangan pelajar yang berdaftar di sekolah ini meningkat dari tahun ke tahun. Tahap pancapaian palajar-pelajar di dalam bidang akademik dan ko-kurikulum juga turut meningkat. Sehingga tahun 1928, bilangan pendaftaran pelajar meningkat kepada 352. Rev. W.E. Horley sungguh gembira tentang perkembangan yang dicapai di sekolah ini sehingga beliau merancang untuk membina sebuah lagi bangunan tambahan supaya lebih banyak lagi bilik darjah dapat diadakan. (26) Namun begitu projek tersebut hanya berjaya disempurnakan pada tahun 1936.
Pada tahun 1933, En. T.K. Cheong telah bertukar ke Parit Buntar dan tempatnya digantikan oleh En. Yong Ngim Djin. Pada masa itu jumlah pelajar yang berdaftar di sekolah itu sudah mencapai 354 orang. En. Yong Ngim Djin juga merupakan seorang pentadbir yang berwibawa. Beliau meneruskan usaha untuk membangunkan sekolah itu dari segi akademik dan ko-kurikulum terutamanya sukan. Menjelang tahun 1934, kelas-kelas yang ditawarkan di sekolah ini merangkumi Primary I, Primary II, Std. 1, Std. 2, Std. 3, Std. 4 dan Std. 5. Seterusnya kelas Junior Cambridge yang bermula pada tahun 1934 juga berjaya menempah kejayaan yang cemerlang. Selama 3 tahun berturut-turut, semua calon yang menduduki peperiksaan itu lulus. Pada masa yang sama, usaha juga dilakukan untuk memperkenalkan Bahasa Melayu serta Bahasa Cina di dalam kurikulumnya. Malah Pengetua sendiri mengambil inisiatif untuk mengajar Bahasa Melayu. (27)
Dalam tahun 1936 sebuah bangunan tambahan berbentuk `L` yang terdiri daripada sebuah dewan, kantin dan bilik guru telah siap dibina dengan perbelanjaan sebanyak $11,000. (28) Pembinaan bangunan tambahan ini telah memenuhi impian Rev. Horley. Bangunan tambahan itu yang terdiri daripada Dewan dan 2 buah bilik darjah itu yang dibina atas usaha En. Yong Ngim Djin itu dibuka secara rasminya pada tahun 1936 oleh En. Marcus Rex, Residen British Perak pada masa itu. En. Chong Wan Fook yang pada masa itu merupakan Ketua Pengakap Daerah telah dikurniakan Pingat Kebaktian oleh Sir Cecil Clementi Smith yang datang khusus untuk tujuan ini. (29)
Pada tahun yang sama juga Majalah tahunan sekolah "KACSIAN" mula diterbitkan. Majalah tersebut terus diterbitkan sehingga kini kecuali di antara tahun 1941-1946 apabila berlakunya Perang Dunia Kedua. Kelas "School Certificate" yang pertama telah dibentuk pada tahun 1937. Kelas ini terdiri daripada 13 orang pelajar sahaja. Kelas percubaan ini terbukti berjaya apabila 12 daripada 13 calonnya lulus Peperiksaan Senior Cambridge. Di antara tahun 1938 dan 1939, sekolah ini berjaya mencapai 75% kelulusan. Namun begitu kelas tersebut berhenti pada tahun 1940 di atas arahan Jabatan Pendidikan. Kelas ini hanya disambung semula pada tahun 1948. (30)
Di dalam bidang sukan pula, pencapaian yang diperolehi oleh pasukan-pasukan sekolah adalah sangat membanggakan. Di dalam permainan hoki, pasukan sekolah berjaya menjuarai Too Jee Lim Shield di dalam Pertandingan Permainan Antara A.C.S Perak. Di dalam permainan bola lisut pasukan sekolah telah berjaya memperolehi beberapa kemenangan. Selain daripada itu minat pelajar-pelajar terhadap sukan renang juga digalakkan dan jurulatih-jurulatih mengadakan sessi-sessi latihan setiap minggu di Taman Eu Tong Seng, Kolam Renang Chong Sin dan Kolam Renang Talam Mines.
Pada tahun 1939 En. Yong Ngim Djin telah ditukarkan ke Singapura dan Rev. Doughlas P. Coole mengambil alih tugas sebagai Guru Besar di sekolah ini. Beliau bertugas sehingga tahun 1941 kerana pada masa itu Tanah Melayu telah dijajah oleh tentera Jepun. Di bawah pentadbiran Rev. Coole, sekolah ini terus mengekalkan taraf pencapaian akademik dan kesukanan Pasukan Larian Berganti-ganti sekolah telah berjaya menjuarai Malayan Inter-School Half-Mile Relay dalam All-Malayan Athletic Sports yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1939. Dalam pada itu isteri Guru Besar, Pn. Coole telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan nyanyian dan muzik di dalam kurikulum sekolah. Kumpulan koir sekolah di bawah pimpinan Pn. Coole telah diikhtiraf sebagai kumpulan koir sekolah yang terbaik di antara sekolah-sekolah Methodist di All Malayan M.Y.P * Institute di Ipoh pada tahun 1940.
Dalam tahun 1941, bangunan-bangunan di sekolah ini telah diduduki oleh Tentera Jepun semasa berlakunya Perang Dunia Kedua. Pada waktu itu, persekolahan diberhentikan. Tentera Jepun pernah menggunakan sekolah ini sebagai ibu pejabat mereka. Maka tidak mustahil jika dikatakan bahawa sekolah ini pada zaman Jepun pernah dijadikan tempat pentadbiran, tempat penahanan dan tempat menghukum bunuh `pesalah-pesalah` yang kebanyakan terdiri daripada orang-orang yang menentang Kerajaan Jepun. Setelah perang tamat pada bulan Ogos 1945,tentera Malayan People’s Anti Japanese Army pernah menduduki bangunan sekolah ini selama beberapa minggu.
Di sini ingin dimaklumkan bahawa bangunan sekolah yang dimaksudkan itu ialah Sek. Ren. Methodist (A.C.S) Kampar sekarang kerana Sek. Men. Kebangsaan Methodist (A.C.S) Kampar masih lagi belum dibina.
Sekolah ini dibuka semula pada bulan Oktober 1945. Bangunan sekolah tersebut telah mengalami kerosakan yang teruk akibat peperangan yang berlarutan selama beberapa tahun lamanya. Pihak British pernah melancarkan peperangan secara habis-habisan untuk menentang kemaraan tentera Jepun ke daerah Kampar selepas barisan pertahanan British di Jitra tewas di tangan Jepun. Pertempuran tersebut yang dikenali sebagai "The Battle Of Kampar" (* Methodist Youth Fellowship) berlarutan selama 4 hari, iaitu dari 30hb. Disember,1941 hingga 2hb. Januari, 1942. Banyak rumah telah musnah akibat peperangan tersebut terutamanya di kawasan perumahan Aston Settlement. (31) Namun begitu pada 3hb. Januari, 1942, pihak British telah kalah dan berundau ke Bidor. Tentera Jepun mengambil alih pekan Kampar dan dari masa itu penduduk Kampar mulai hidup dalam zaman ketakutan dan kelaparan sehinggalah tentera Jepun berundur pada September 1945.
En. Wong Hean Kim dilantik sebagai Guru Besar apabila sekolah Anglo-Chinese School, Kampar di buka semula pada bulan Oktober 1945. beliau telah berusaha keras untuk mencari sumber kewangan untuk memulihkan semula keadaan fizikal sekolah itu. Beliau telah menerima pinjaman pemulihan sebanyak $1,420 dari Pentadbiran Tentera British (British Military Administration) untuk membaik pulih sekolah itu. (32) Pada waktu itu ramai pelajar lelaki dan perempuan yang melebihi umur memohon untuk belajar di sekolah ini. Masalah paling besar yang dihadapi ialah kekurangan buku-buku teks untuk pelajar-pelajar dan guru-guru. Ramai guru sementara diupah untuk membolehkan sessi persekolahan berjalan dengan lancar. Dalam tahun 1946, bilangan pelajar yang berdaftar ialah 411 orang iaitu melebihi angka sebelum perang iaitu hanya 380 sahaja. Bilangan ini merupakan suatu jumlah yang besar pada masa itu.
Dalam bulan Januari 1947, En. V.D. Kuppusamy J.P. telah menggantikan En.Wong Hean Kim sebagai Guru Besar sekolah. Beliau merupakan seorang ahli pendidik yang berwibawa dan dibawah pentadbiran beliau, program pemulihan berjaya disempurnakan dengan pinjaman sebanyak $9,900 daripada Kerajaan dan geran sebanyak $6,837 daripada Methodist Crusade Fund. Dalam masa 2 tahun ini banyak pembaharuan telah diperkenalkan. Majalah KACSIAN muncul semula pada tahun 1947 dan terus dikeluarkan sehingga sekarang. Hari ucapan jagu diperkenalkan untuk menghargai pencapaian pelajar-pelajar di dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Sistem komunikasi yang membolehkan pengumuman dibuat dari Bilik Guru Besar ke semua kelas telah diperkenalkan. Selain daripada itu diadakan juga Museum Sekolah, Pasukan Pandu Puteri dan Unit Palang Merah. Dalam tahun yang sama juga Bahasa Melayu juga diperkenalkan semula dalam kurikulum Darjah 6 dan Darjah 7 dan pada tahun berikutnya, Bahasa Melayu diajar dari Darjah 3, 4 dan 5. Makmal Sains telah ditempatkan di sebuah bangunan yang lain dengan peralatan yang lebih lengkap.
Pada tahun 1948, pihak sekolah di bawah pentadbiran En. Kuppusamy terpaksa membuat rancangan yang lebih berani dan berwawasan untuk mengembangkan sekolah tersebut memandangkan masalah penempatan pelajar-pelajar yang turut membimbangkan para ibu bapa. Dalam pada itu, sekiranya sekolah itu hendak diperkembangkan lagi, ia haruslah diadakan di sebuah tapak yang baru kerana sudah tiada lagi tanah tambahan. Oleh itu salah satu alternatif yang terbaik ialah dengan manyewa Bangunan Goh Khoon yang terletak di seberang Jalan Gopeng (Jalan Kuala Dipang sekarang) selama 3 tahun. Bangunan ini terletak bertentangan dengan sekolah ini. Seterusnya En. V.D. Kuppusamy melancarkan rancangan untuk membeli hartanah Goh Khoon itu dengan harga sebanyak $70,000 kerana tapak itu sungguh sesuai.
Pada bulan Januari 1952, hartanah tersebut telah berjaya dimiliki oleh pihak sekolah. Kos pengubahsuaian telah memakan belanja sebanyak $35,000. Dalam pada itu pihak sekolah juga bernasib baik kerana berjaya memperolehi geran kerajaan khas berjumlah $40,000 untuk digunakan dalam pembangunan sekolah. (33)
Ia merupakan tapak baru bagi sekolah yang ada sekarang ini. Luas kawasan sekolah itu ialah kurang 2 ekar. Bermula dari waktu inilah sekolah tersebut telah berkembang menjadi sebuah Sekolah Menengah yang terkemuka di daerah Kampar.
Menjelang tahun 1952, populasi sekolah ini telah meningkat kepada 533 orang pelajar manakala bilangan gurunya ialah 14 orang. Pada waktu ini ramai pelajar daripada sekolah Cina berdaftar untuk melanjutkan pelajaran yang berkelayakan maka kelas Std. 8 tidak dapat diadakan dan oleh demikian pelajar-pelajar Std. 7 terpaksa melanjutkan pelajaran (Std.8 ke atas) di sekolah-sekolah lain di luar Kampar seperti di Ipoh.
Pada 6hb. April, 1953, sekolah ini telah meraikan Jubli Emasnya dengan penuh gemilang. Berbagai acara telah diadakan untuk menyambut unlang tahun ke 50 penubuhannya. Dalam pada itu beberapa orang kenamaan dan bekas Guru Besar juga turut menghadiri majlis ini. Pada bulan Februari 1955, Klinik Pergigian Sekolah telah dibuka di sekolah ini di bawah tajaan "United Nations International Children’s Emergency Fund". Dengan itu A.C.S Kampar telah menjadi salah satu daripada sebilangan kecil institusi pendidikan yang mempunyai seorang jururawat pergigian untuk menjaga kesihatan gigi pelajar-pelajarnya.
Pada 20hb. April, 1955, En. V.D. Kuppusamy telah bersara dan tempatnya telah digantikan oleh En. A. Thomas Ponniah dari Klang. Tetapi sebelum En. Kuppusamy bersara, beliau telah membuat permohonan untuk satu lagi geran daripada pihak Kerajaan untuk membina bangunan tambahan 3 tingkat kerana Dana Bangunan Sekolah (School Building Fund) masih lagi tidak mencukupi. Beliau bersama-sama dengan Jawatankuasa Dana Bangunan (Building Fund Committee)telah berusaha untuk mendapatkan dana untuk membina sebuah bangunan 3 tingkat yang menempatkan 9 buah bilik darjah di tapak Goh Khoon. Akhirnya satu Geran Kerajaan berjumlah $30,000 telah diberikan kepada pihak sekolah dan projek ini berjaya disempurnakan oleh En. A.T. Ponniah.
Menjelang tahun 1956, perjuangan rakyat Tanah Melayu untuk menubuhkan sebuah negera yang merdeka makin hebatdan hampir mencapai matlamatnya. Oleh itu Dasar Pendidikan Baru telah dirangka untuk membentuk satu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang dapat membentuk kesedaran dan kesetiaan terhadap negara Malaya. Adalah diharapkan bahawa generasi baru ini akan menyumbangkan tenaga ke arah pembangunan dan kemakmuran negara Malay yang kini diperintah oleh rakyatnya sendiri. Di bawah dasar pendidikan baru ini kerana penguasaan terhadap Bahasa Kebangsaan ini amatlah penting untuk mencapai perpaduan nasional. Walaupun Bahasa Melayu kini diberi penekanan tetapi kepentingan Bahasa Inggeris juga tidak diabaikan keranan is penting untuk mencapai kemajuan didalam bidang-bidang sains dan teknologi.
Pada tahun ini juga sebanyak 4 buah Primary Classes terpaksa diadakan pada waktu petang disebabkan masalah kekurangan bilik darjah. Ia dikenali sebagai Methodist Afternoon School (M.A.S) Seramai 730 orang pelajar menjalani persekolahan di sessi petang sejak 10hb. Januari, 1956. Seramai 21 orang guru telah ditugaskan untuk mengendalikan kelas-kelas sessi petang ini. Sebenarnya sekolah petang ini telahpun wujud sejak 25 tahun yang lalu oleh En. T.K. Cheong untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar lelaki dan perempuan yang melebihi had umur untuk menlanjutkan pelajaran. Sekolah pagi adalah dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang lebih muda ataupun menepati had umur. Oleh yang demikian Methodist Mission mengadakan "Afternoon Schools" ini untuk memberikan peluang kepada mereka yang kurang bernasib baik. Sekolah petang memdapat sambutan yang baik selepas Perang Dunia II kerana masyarakat mulai sedar terhadap kepentingan mempelajari B.Melayu dan B.Inggeris. Kebanyakan daripada pelajar-pelajar ini berasal daripada Sekolah Cina. Pendekata, kewujudan sekolah sessi petang ini adalah disebabkan bilangan sekolah di Tanah Melayu masih belum mencukupi.
Seterusnya Jawatankuasa Bangunan yang terdiri daripada ramai orang kenamaan dari pekan Kampar telah berjumpa sebanyak 6 kali semenjak penubuhannya pada tahun 1955 untuk membuat rancangan-rancangan untuk mendapatkan derma bagi membina sebuah bangunan 3 tingkat. Pengerusinya ialah En. Ng Yin Fong. Walaupun jumlah wang yang sepenuhnya untuk membina bangunan tersebut masih belum lagi diperolehi sepenuhnya, kerja-kerja pembinaan telah dijalankan. Seterusnya Geran Kerajaan sebanyak $30,000 telah akhirnya melengkapkan dana untuk membina bangunan tersebut. Bangunan tersebut akhirnya siap dibina pada bulan Januari 1957. (34) Berbagai aktiviti telah dijalankan untuk mengutip derma termasuklah "The Dollar Brick Fund" dimana setiap pelajar menyumbangkan sebanyak $1 seorang dan "Food and Fun Fair".
Berikutan dengan pengenalan Dasar Pendidikan Baru, usaha yang giat sedang dijalankan untuk meningkatkan taraf Bahasa Kebangsaan di sekolah Inggeris ini. Sekolah ini terus memainkan peranan yang besar untuk mendidik rakyat Malay yang muda untuk semangat perpaduan nasional di kalangan pelajar-pelajaryang terdiri daripada berbilang bangsa Melayu, Cina dan India bekerja, bermain serta bergaul secara bebas di antara satu sama lain sama ada di dalam bilik darjah ataupun padang. Pada tahun 1956 bilangan pelajar yang berdaftar di sekolah ini sudah mencapai 1112 orang. Klasifikasi kaum untuk pelajar-prelajar adalah seperti berikut : Melayu (177), Cina (746), India (183) dan lain-lain (6). Bilangan pelajar lelaki ialah 698 orang dan bilangan pelajar perempuan ialah 414 orang. Bilangan guru yang mengajar di sekolah ini pada masa itu ialah seramai 58 orang. (35)
Seterusnya untuk peperiksaan Cambridge School Cetificate, sekolah ini telah mencapai 85% kelulusan dalam peperiksaan 1955. Daripada 33 yang lulus, & memperolehi Gred 1, 12 Gred 2 dan 14 Gred 3. Mata pelajaran Bahasa Melayu diajar dari Darjah 5 dan Darjah 6 sehingga Tingkatan 3. Pelajar-pelajar Darjah 5 dan Darjah 6 belajar seperti biasa di waktu pagi. Setiap kelas diperuntukan sebanyak 2 waktu untuk mata pelajaran B. Melayu dalam seminggu. Dalam pada itu kelas-kelas B. Melayu untuk Tingkatan 1, 2 dan 3 telah diadakan pada waktu petang dari 5.30 petang hingga 8.00 malam. Setiap kelas diperuntukan masa selama 45 minit. Pihak sekolah bercadang untuk memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam kurikulum Tingkatan 4 pada tahun 1957 supaya B. Melayu boleh diambil sebagai salah satu subjek dalam School Certificate Examination pada tahun 1958. (36) Untuk menjayakan hasrat ini guru-guru sekolah ini juga mengambil inisiatif untuk mempelajari serta mendalami Bahasa Melayu. Oleh itu mereka telah membentuk satu kelas untuk mempelajari Bahasa Kebangsaan. Kelas ini diadakan sebanyak 3 kali seminggu. En. Mohd. Zain b. Daud, seorang kakitangan sekolah ini telah dipilih untuk mengendalikan kelas tersebut.
Pada 2hb. Mac, 1957 bangunan 3 tingkat yang mengandungi 9 buah darjah telah dibuka secara rasminya oleh Y.T.M Raja Muda. Kemudahan-kemudahan untuk menjalani kegiatan-kegiatan kerja pertukangan kayu, jahitan, menaip, menyimpan kira-kira dan Sains Rumahtangga telah disediakan buat pertama kalinya. Pasukan Pancaragam yang pertama juga ditubuhkan pada tahun 1957 di bawah En. Donald Smith (seorang guru disekolah ini). Kelas-kelas Peralihan juga ditubuhkan untuk membantu pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah vernakular menyesuaikan diri setelah bertukar ke bahasa perantaraan yang lain. (37) Bangunan ini juga mengandungi kemudahan tandas. Pada tahun ini juga negara kita telah mencapai kemerdekaan. Justeru itu sekolah turut memainkan peranan untuk mendidik dan melatih golongan yang muda supaya menjadi rakyat yang setia dan berguna kepada negara yang baru ini.
Bilangan guru yang bertugas di sekolah ini pada tahun 1957 ialah seramai 43 orang. Pada masa ini sudah terdapat 32 buah bilik darjah di sekolah ini untuk menampung bilangan pelajar seramai 1,302 orang. Perpustakaan sekolah telah dipindahkan ke bangunan baru dan ia kini menpunyai 1,256 buah buku. Kelas Perdagangan mula diperkenalkan di mana Kerajaan telah memberikan geran untuk membeli 29 buah mesin taip. Pelajar-pelajar dari tingkatan 1, 2 dan 4 diajar menyimpan kira-kira dan menaip. Dalam pada itu pelajar- pelajar dari sekolah-sekolah Cina, Melayu dan Tamil menerima kursus intensif dalam Bahasa Inggeris di Kelas Peralihan dan S.M.C. mulai tahun ini untuk menyadiakan mereka memasuki kelas Tingkatan 1 bersama-sama dengan calon-calon yang berjaya dalam Peperiksaan Kemasukan Sekolah Menengah. Bahasa Kebangsaan diajar dari Darjah 6 dan Kelas Peralihan. Setiap kelas diperuntukkan 4 waktu seminggu. Semua pelajar Tingkatan 3 mengambil Bahasa Kebangsaan dalam Peperiksaan Lower Certificate of Examination. (38)
Begitulah laporan secara terperinci mengenai sejarah penubuhan serta perkembangan Anglo-Chinese School sebelum Kemerdekaan (Government Aided School) semenjak awal tahun 1950 an dalam bentuk geran serta bayaran gaji untuk kakitangannya. Walaupun semenjak awal tahun 1957, sekolah ini sudah mempunyai 2 buah bangunan yang terletak di tapak yang berlainan namun ia masih lagi merupakan satu sekolah yang menempatkan kedua-dua Bahagian Sekolah Rendah serta Sekolah Menengah di bawah satu pentadbiran.
Perkembangan Anglo-Chinese School, Kampar Selepas Kemerdekaan (1958-1980)
Semenjak tahun 1950 langkah-langkah telah diambil untuk mengkaji semula sistem pendidikan di negara ini supaya bersesuaian dengan kehendak dan aspirasi rakyat Persekutuan Tanah Melayu. Agenda utama pada masa itu ialah merangka dasar-dasar untuk membangunkan pendidikan Melayu. Semasa Malaya sedang bergerak ke arah kemerdekaan, langkah-langkah telah diambil untuk memperkenalkan proses evolusi di dalam sistem pendidikan nasional. Justeru itu Dasar Pendidikan Nasional mula dirangka pada Ogos 1955 apabila Jawatankuasa Khas ditubuh dan dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan, Tun Abdul Razak. Jawatankuasa tersebut mengemukakan cadangan-cadangan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan dalam proses yang sama mengekalkan bahasa-bahasa serta kebudayaan-kebudayaan kaum lain di Persekutuan itu. (39)
Jawatankuasa yang lain dikenali sebagai Jawatankuasa Razak mengemukakan usul-usul tertentu yang kemudiannya diterima oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan kemudiannya dijadikan asas untuk pembentukan Ordinan Pendidikan 1957. Jawatankuasa Razak telah mengemukakan dasar-dasar seperti berikut yang seterusnya manjadi garis panduan kepada semua sekolah di Malaya yang merdeka termasuklah Sekolah Anglo-Chinese, Kampar.
Menteri Pendidikan bertanggungjawab terhadap pendidikan sekolah menengah, pendidikan lepasan sekolah menengah, pendidikan teknikal,latihan perguruan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan pengawalan serta pembayaran geran-geran kepada pihak berkuasa pendidikan tempatan untuk pendidikan sekolah rendah.
Penubuhan pihak berkuasa pendidikan tempatan (jabatan) yang akan bertanggungjawab terhadap pendidikan sekolah rendah dan dibenarkan mendapatkan sumbangan kewangan daripada masyarakat tempatan menerusi kaedah-keadah yang diluluskan.
Penubuhan Badan Nazir yang bebas.
Menbenarkan 2 jenis sekolah rendah ditubuhkan terutamanya sekolah tanggungan persendirian dan sekolah bantuan kerajaan.
Membenarkan hanya 2 jenis sekolah menengah ditubuhkan terutamanya sekolah tanggungan persendirian dan sekolah bantuan kerajaan.
Profesion perguruan disusun semula.
Badan dan lembaga pengurus sekolah ditubuhkan di semua sekolah.
Pendidikan lepasan sekolah menengah dan lebih tinggi daripada itu serta pendidikan separuh masa disediakan.
Pendidikan teknikal diselenggarakan dan diperkembangkan dan dalam 3 peringkat, iaitu Kolej Teknikal, Insitusi Teknikal dan Sekolah Perdagangan. (40)
Seterusnya Jawatankuasa tersebut juga mengusulkan supaya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran-mata pelajaran wajib di kedua-dua sekolah rendah dan sekolah menengah. Lower Certificate Of Education diperkenalkan di Tingkatan 3 dan Federation Of Malaya Certificate Of Education di tingkatan 5. Selain daripada itu Laporan Razak juga menekankan pengenalan sukatan pelajaran yang sama di semua sekolah di Persekutuan Tanah Melayu untuk melahirkan negara Malaya yang bersatu padu.
Selepas Kemerdekaan, Anglo-Chinese School maju selangkah lagi di mana semenjak tahun 1958 sekolah tersebut telah dipecahkan kepada 2 entiti yang berasingan. Langkah pemisahan ini diambil atas kehendak Dasar Pendidikan yang baru. Bahagian Sekolah Rendah yang terdiri daripada 21 kelas, 894 murid dan 26 orang guru diletakkan dibawah pentadbiran En. Fung Ung Ming (Guru Besar) dan Lembaga Pengurus Sekolah. Seterusnya Bahagian Sekolah Menengah pula iaitu bermula dari Kelas Peralihan hingga Tingkatan 5 yang terdiri daripada 14 kelas, 546 orang pelajar dan 20 orang guru terus berada di bawah pentadbiran En. A.T. Ponniah (Pengetua) dan Lembaga Pengurus Sekolah. (41)
Sekolah ini terus berkembang dan mencapai prestasi yang baik di dalam pelbagai bidang. Apabila keputusan L.C.E diumumkan pada awal tahun 1958, ramai pelajar yang cemerlang pergi ke Ipoh untuk memasuki Aliran Sains di sana. Ini ialah kerana sekolah ini hanya menawarkan mata pelajaran Aliran Sastera di tingkatan 4. Oleh itu untuk mengurangan pengaliran keluar pelajar-pelajar yang pandai serta untuk meringankan beban pelajar yang miskin maka mata palajaran Sains Tulin seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan diperkenalkan buat pertama kalinya di tingkatan 4 pada tahun 1959. En. A.T. Ponniah bersara pada penghujung tahun 1959 selepas berkhidmat selama 41/2 tahun di Kampar.
Pada bulan Januari 1960 En. Tai Swee Kee seorang graduan Diploma dari Raffles College telah dilantik sebagai Pengetua. Pada masa itu bilangan pelajar di sekolah tersebut ialah 660 orang. Bilangan kelas yang ada ialah 17 buah. Buat pertama kalinya satu kelas Tingkatan 1 Aliran Melayu telah diadakan di sekolah. Pembentukan Kelas Aliran Melayu ini seterusnya menjadi asas kepada penubuhan Sek. Men. Kebangsaan Kampar pada tahun 1970. Selain daripada itu Kelas Pendidikan Lanjutan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu juga diadakan dengan En. Tan Beng Lee sebagai Penyelia. Disebabkan bilangan pelajar yang mendaftar di sekolah ini makin meningkat maka masalah kekurangan bilik darjah timbul semula. Kantin sekolah terpaksa digunakan sebagai bilik darjah sementara.
Oleh itu En. Tai Swee Kee terpaksa merancangkan projek kutipan derma untuk mendirikan sebuah blok bangunan tambahan 3 tingkat yang mengandungi 9 buah bilik darjah berharga $71,000. Pada tahun 1961 bilangan pelajar mencapai 841 orang dan bilangan kelas berkembang menjadi 22 buah. Projek ini mendapat sokongan yang kuat daripada OPA (Old Pupils’ Association). Ramai orang berada di daerah Kampar menghulurkan sumbangan kewangan. Sumbangan Kerajaan ($40,000), pelajar-pelajar ($7,717) serta Food And Fun Fair ($6,277) telah membolehkan kerja pembinaan bangunan tersebut dimulakan pada bulan Disember 1961. (42) Namun begitu sebelum projek tersebut siap, En. Tai Swee Kee telah bertukar ke Sitiawan pada bulan Februari 1962 dan oleh itu tugas untuk menyiapkan projek itu dipikul oleh En. Gong Ngie Kong yang berdaftar pada masa itu telah menjangkau 1,047 orang dan mereka ditempatkan di dalam 28 buah kelas. Bilangan guru yang mengajar di sekolah itu adalah seramai 43 orang.
Dalam bulan Mei 1962, bangunan baru itu yang mengandungi 9 buah bilik darjah telah dibina dan boleh diduduki. En. Gong melanjutkan lagi projek pembinaan dengan menaikkan lagi bumbung Bangunan Goh Khoon untuk memuatkan sebuah perpustakaan. Untuk makluman, perpustakaan tersebut merupakan salah satu perpustakaan sekolah yang terbesar di negeri Perak pada masa itu. Bumbung Bangunan Goh Khoon itu dinaikkan untuk membolehkan satu lagi tingkat tambahan ini berjumlah 3 buah bilik darjah. Kos pembinaan perpustakaan itu berjumlah $30,000. Pihak kakitangan sekolah juga turut membantu dengan mendermakam kerusi-kerusi untuk perpustakaan tersebut. (43)
Dalam pada itu Sekolah Menengah Mission yang ketiga besar di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1962 selepas A.C.S Ipoh (1,397 pelajar) dan M.B.S Kuala Lumpur (1,050 pelajar) . Bilangan pelajar yang berdaftar di sekolah ini pada tahun tersebut ialah 1,047. (44) Dalam tahun ini juga Makmal Eiologi diwujudkandengan mengubahsuai 3 buah bilik darjah yang terletak sebelah menyebelah. Menjelang tahun 1963, sekolah ini telah mempunyai penempatan dan kemudahan yang mencukupi dan dengan itu cukup setanding dengan sekolah-sekolah di bandar. Kini tumpuan boleh disalurkan sepenuhkan ke arah perkembangan fizikal, mental dan rohani pelajar-pelajar supaya sekolah ini akan dapat terus melahirkan anggota-anggota masyarakat yang berguna. (45) Dalam tahun ini juga bilangan pelajar yang berdaftar ialah 1,239 orang dan ini menjadikan Sekolah Menengah Methodist kedua besarnya di Persekutuan.
Tahun 1963 juga merupakan tahun yang penuh meriah kerana pihak sekolah merayakan Jubli Intan Atau Diamond Jubilee pada 7hb. September, 1963 untuk meraikan ulang tahun ke 60 tahun penubuhannya. Pelbagai acara telah diadakan untuk memperingati Jubli Intan itu seperti Inter-Methodist School Games, permainan di antara O.P.A. dengan anggota Kelab Guru, pertunjukan konsert dan "Re-union Dinner" yang ditajakan oleh O.P.A. Pada malam itu diadakan acara perarakan tanglung serta kereta berhias di pekan Kampar padang awam. Sempena Perayaan Jubli Intan itu, pihak sekolah telah menjemput tetamu khas Yang Berhormat Menteri Pelajaran, Kapten Abdul Hamid Khan untuk membuka secara rasmi bangunan baru yang mengandungi 12 bilik darjah, perpustakaan dan bilik guru. Semasa upacara perasmian dijalankan, Kumpulan Koir Sekolah telah mendendangkan Lagu Jubli Intan dengan diiringi ileh Pancaragam Sekolah. Lagu ini seterusnya dijadikan Lagu Sekolah dan dinyanyikan di masa perhimpunan sehingga kini.
Berikutan dengan keputusan yang cemerlang yang diperolehi oleh pelajar-pelajar perintis Tingkatan 1 Aliran Melayu (tahun 1960) di dalam L.C.E. maka Ketua Pengawai Pelajaran Perak telah mengarahkan supaya kelas-kelas tersebut juga dibenarkan menerima pelajar-pelajar dari Ipoh dan Batu Gajah. (46) Dalam pada itu sekolah ini juga bekerjasama dengan sekolah rendahnya untuk memulakan perkhidmatan "Bas Sekolah" mulai Penggal Kedua. Sebanyak 2 buah bas baru telah dibeli oleh sekolah itu untuk membawa pelajar-pelajar dari sekitar Gopeng, Malim Nawar dan Tronoh Mines ke sekolah-sekolah tersebut di Kampar. Pada 19hb. November, 1963 DYMM Sultan Perak dan DYMM Raja Perumpuan melawat sekolah ini pada pukul 4.00 petang, semasa lawatan rasmi ke Daerah Kampar. Ini merupakan lawatan baginda yang kedua ke sekolah ini. Sultan Perak pernah melawati sekolah ini pada tahun 1957 sebagai Raja Muda untuk merasmikan bangunan pertama 3 tingkat ini. Baginda diraikan dengan jamuan teh dan pertunjukan konsert di perpustakaan sekolah.
Dalam tahun ini juga Lencana Sekolah yang baru telah dicipta untuk mengganti lencana yang lama menggantikan lencana yang lama. Lencana sekolah yang baru itu mempunyai ciri-ciri berikut :
Buku – melambangkan Ilmu Pengetahuan
Bunga Raya – melambangkan Persekutuan Malaysia
Insan – melambangkan warganegaraan yang berguna kepada bangsa dan negara
Cogankata sekolah ini ialah "Our Utmost For The Highest" ataupun "Keupayaan Kami Untuk Yang Tertinggi". Falsafah yang terkandung di dalam cogankata ini ialah ia menggambarkan aspirasi sekolah yang inginkan semua pelajarnya mencurahkan segenap tenaga dan usaha mereka untuk mencapai kecemerlangan di dalam pelbagai bidang, baik dalam bidang akademik mahupun bidang ko-kurikulum. (47)
Menjelang tahun 1964, terdapat lebih daripada 100 buah Sekolah Methodist di seluruh Malaysia dengan jumlah pelajar yang melebihi 79,000 orang. Pada tahun ini juga Majalah KACSIAN menerbitkan edisi khas "Special Kampar Issue" yang memuat laporan secara terperinci mengenai sejarah pengasasan dan perkembangan Kampar. Bahan-bahan yang terkandung di dalam ruangan khas ini meliputi artikel-artikel serta gamber-gambar yang dihasilkan oleh guru-guru serta pelajar-pelajar dari sekolah ini.
Dalam tahun 1965, pihak sekolah merancang untuk membina sebuah lagi bangunan 3 tingkat yang mengandungi 12 buah bilik darjah di Tingkat Bawah dan Tingkat Kedua manakala sebuah Dewan di Tingkat Pertama. Pihak sekolah selama ini bergantung kepada Gereja Methodist yang terletak di seberang jalan untuk mengadakan majlis-majlis tertentu. Oleh itu sudah sampai masanya pihak sekolah ini mempunyai sebuah Dewan yang tersendiri untuk kegunaannya. Usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk mendirikan sebuah bangunan tambahan yang mengandungi sebuah dewan serbaguna yang berukuran 30 kaki x 160 kaki, 12 buah bilik darjah dan dua buah tandas untuk pelajar-pelajar perumpuan sahaja. Projek tersebut melibatkan perbalanjaan melebihi $140,000. Usaha memungut derma telah dijalankan malalui projek "Building Funds" dan "Food and Fun Fair". En. Chin Sun Khoon yang merupakan Pengerusi O.P.A. adalah orang pertama menyumbangkan derma untuk projek ini. Beliau telah menyumbangkan derma sebanyak $10,000.
Pada tahun 1966, Jawatankuasa Panitia telah ditubuhkan untuk semua subjek. Setiap Jawatankuasa diketuai oleh seorang Ketua Panitia atau Pengerusi dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran tersebut. Jawatankuasa ini bertanggungjawab menguruskan semua hal yang berkaitan dengan subjek masing-masing.
Bangunan sekolah yang baru (bangunan yang ketiga) telah siap dibina pada tahun 1966 dan ia dibuka secara rasmi pada 17hb. Mac, 1966 oleh Menteri Pelajaran, Yang Berhormat Encik Mohamed Khir Johari. Beliau barasa kagum di atas semangat `gotong royong` di kalangan masyarakat sekolah dan masyarakat Kampar mengembelingkan tenaga untuk menjayakan projek pembinaan bangunan baru ini. Oleh kerana itu beliau kemudiannya meluluskan geran bernilai $50,000 untuk sekolah ini dan geran itu diterima oleh En. Chin Sun Khoon selaku Pengerusi Jawatankuasa Bangunan Sekolah. (48) Sumber kewangan yang diperolehi itu seterusnya digunankan untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan di sekolah ini. Oleh itu beberapa buah lagi projek telah dirancang untuk tujuan ini. Bahagian belakang kawasan sekolah ini telah dinaikkan dan ditukarkan menjadi gelanggang bola keranjang / bola tampar, gelanggang bola jaring / tenis dan sepak takraw / badminton. Tapak perhimpunan dan lorong kenderaan telah ditarkan untuk mencegah masalah kesesakan lalu lintas di kawasan sekolah. Satu Badan Waden Trafik telah ditubuhkan untuk mengendalikan hal-ehwal lalu lintas.
Semenjak tahun 1967, sekolah ini telah memcatatkan bilangan pelajar yang paling ramai sekali. Justeru itu sekolah ini memegang rekod sebagai Sekolah Menengah Methodist tanpa Tingkatan 6 yang terbesar bukan sahaja di Negeri Perak malah di seluruh Malaysia. (49) Pada tahun 1968, saiz Bilik Guru dan Bilik Sains Rumahtangga dipanjangkan sebanyak 25 kali lagi. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 juga tidak ketinggalan menerbitkan itu makalah "SUARA KACSIAN" mereka sendiri. Kedua-dua penerbitan itu merupakan aktiviti-aktiviti usahasama dengan kooperasi sekolah. Keuntungan yang diperolehi daripada penjualan makalah-makalah itu digunakan untuk membantu pelajar-pelajar miskin di sekolah.
Pada tahun 1969, Pejabat Sekolah telah diubahsuaikan. Setelah siap, Pejabat itu kini mempunyai 2 tingkat dengan 1 tingkat tambahan di bawah tanah. Tingkat atas dijadikan bilik mesyuarat. Pejabat sekolah ditempatkan di bahagian bawah dan ia dilengkapi dengan alat penghawa dingin. Dalam tahun ini juga seorang pelajar Tingkatan 2 (Aliran Melayu) yang bernama Mohd. Amin b. Nawi telah dinamakan Pahlawan Hang Tuah di atas keberanian beliau menyelamatkan 3 rakannya daripada mati lemas di dalam Sungai Kinta (kawasan Bukit Pekan). Sebagai menghargai jasanya sebagai wira kanak-kanak, Mohd. Amin telah diberikan layanan yang istimewa di dalam Perayaan Hari Kanak-Kanak pada 6hb. Oktober, 1969.
Pada tahun yang sama juga pihak sekolah memulakan projek untuk membina sebuah lagi bangunan tambahan. Bangunan 3 tingkat (yang keempat dan yang terakhir) yang bernilai $100,000 ini terletak di antara Blok Pejabat sekolah dan Blok Dewan sekolah. Ia akan menempatkan sebuah Bengkel Seni Perusahaan, sebuah Makmal Sains dan 7 buah bilik darjah tambahan. Berhubung dengan projek tersebut, pihak sekolah telah menerima Geran Kerajaan sebanyak $30,000 dan selebihnya daripada hasil derma orang ramai. Ahli-ahli keluarga mendiang Pn. Annie Ong Teng Kim (bekas ahli Lembaga Pengurus Sekolah – School Board Of Governors) telah mendermakan wang sebanyak $3,000 kepada pihak sekolah untuk projek tersebut. Sebagai tanda penghargaan,pihak sekolah telah manamakan Makmal Sains itu sempena namanya. Seterusnya pihak sekolah telah menamakan Makmal Sains itu sempena namanya. Seterusnya pihak sekolah juga menerima sumbangan kewangan sebanyak $10,000 daripada keluarga mendiang En. Chin Sun Fee dan nama beliau diabadikan di dalam Blok Seni Perusahaan. (50) Semua blok bangunan baru tersebut sedang dibina, pihak sekolah seterusnya membuat rancangan untuk membina sebuah gelanggang badminton tertutup yang boleh juga digunakan sebagai gimnasium. Pembinaan gelanggang tertutup itu melibatkan kos sebanyak $20,000 dan ia merupakan gelanggang tertutup sekolah yang pertama di Kampar.
Pada tahun 1970, Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar telah dibina dan sekolah ini bersedia untuk menyerap pelajar-pelajar Aliran Melayu Tingkatan 1, 2 dan 3 dari sekolah ini. Pelajar-pelajar Aliran Melayu dari Tingkatan 4 dan 5 juga akan diserapkan oleh sekolah baru itu pada tahun 1971. Bagaimanapun, sekolah itu yang diterajui oleh En. Mohd Zain b. Daud sebagai Pengetuanya yang pertama masih diletakkan di bawah pengawasan sekolah ini sehingga pada tahun 1973 apabila ia diasingkan secara rasmi. (51) Di antara tahun 1971-1972, peratus kelulusan pelajar-pelajar Tingkatan 5 di dalam M.C.E. telah jatuh ke bawah paras 70%. Selama ini peratus kelulusan pelajar-pelajar dalam M.C.E. sentiasa melebihi 70%. Punca utamanya ialah mulai tahun 1971, kelulusan dalam kertas Bahasa Malaysia adalah diwajibkan untuk lulus seluruh peperiksaan M.C.E. Apabila Kertas tersebut diperkenalkan, ramai pelajar telah gagal dan memperolehi sijil Gred 4 (G.C.E) sahaja.
Pada 22hb. September, 1972, Blok Bangunan Seni Perusahaan telah dibuka secara rasminya oleh Tuan Haji Hamdan b. Sheikh Tahir, Pengarah Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1973, Lembaga Pengurus Sekolah telah bersetuju untuk menukarkan name sekolah dari Anglo-Chinese Secondary School, Kampar kepada Sekolah Menengah Methodist (A.C.S), Kampar. (52) Mulai tahun 1976, semua pelajar Tingkatan 1 dikecualikan daripada membayar yuran sekolah. Ini ialah mengorak langkah ke arah pendidikan yang percuma menjelang tahun 1980. Pada 31hb. Disember, 1978, En. Gong Ngie Kong bersara selepas berkhidmat sebagai Pengetua di sekolah ini selama 17 tahun. Tempat beliau telah digantikan oleh En. Low Mui Chuan pada tahun 1979.
Mulai tahun 1979, penghantaran pelajar-pelajar daripada Sek. Men. Ren. Malim Nawar, Perak (12 km daripada Kampar) untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di sekolah ini telah dihentikan keranan sekolah tersebut sudahpun memulakan kelas-kelas Tingkatan Empatnya sendiri. Oleh itu bilangan pelajar yang berdaftar di sekolah ini berkurangan sedikit iaitu daripada 1,679 pada tahun 1978 kepada 1,580 pada tahun 1979. Bilangan guru di sekolah ini ialah 62 orang pada masa itu.
Dari segi akedemik pula, pretasi pencapaian pelajar-pelajar Tingkatan 5 di dalam peperiksaan M.C.E. 1979 telah meningkat kepada 77%. Peratus kelulusan yang tinggi ini menjadikan sekolah ini salah sebuah sekolah yang terbaik di Negeri Perak. Pada tahun 1980, pendidikan sekolah menengah menjadi percuma untuk semua pelajar. Ini termasuk Skim Bantuan Buku Teks dan Biasiswa yang bertujuan untuk menyadiakan peluang pendidikan kepada semua lapisan rakyat termasuk yang termiskin. Pada tahun ini juga pihak sekolah bercadang untuk membaikpulih serta mengubahsuai keadaan fizikal bangunan-bangunan di sekolah ini. Program pengindahan sekolah yang dijalankan akan memberikan wajah baru kepada sekolah ini. Dalam pada itu tahun 1980 menandakan bermulanya B. Malaysia sebagai bahasa penghantar di semua-semua Sekolah Menengah sejajar dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Pelajar-pelajar mula diberikan pendidikan percuma sehingga tamat persekolahan. Sebelumnya pelajar-pelajar Sekolah Menengah Aliran Inggeris dikehendaki membayar yuran sebanyak $15 sebulan untuk Tingkatan 1 – 3 dan $20 sebulan untuk Tingkatan 4 dan 5.
Di bawah pentadbiran baru ini, beberapa perubahan telah dilakukan untuk memperbaiki keadaan bangunan serta persekitaran sekolah ini. Di antara pembaharuan-penbaharuan yang diadakan adalah seperti berikut :
Perlancaran Kempen Kebersihan serta mengadakan Pertandingan Kebersihan setiap minggu di mana `Piala Kebersihan` diberikan kepada kelas terbersih.
Perlancaran `Kempen Keceriaan` untuk mengindahkan kawasan persekitaran sekolah. Pasu-pasu bunga ditempatkan di sepanjang kaki lima Tingkat Bawah bangunan sekolah. Pelajar-pelajar digalakkan supaya membersihkan dan menghiasi bilik darjah masing-masing.
Sebuah surau telah diadakan untuk memudahkan pelajar-pelajar menunaikan tanggungjawab agama mereka.
Rayuan derma untuk menghawa dinginkan perpustakaan sekolah ini juga mendapat sambutan yang baik. Sebanyak $13,000 telah berjaya dipungut untuk projek ini. Sebanyak 6 buah alat penghawa dingin telah dipasang di perpustakaan itu untuk membolehkan pelajar-pelajar belajar dengan selesa. Banyak buku telah dibeli untuk nenambahkan bilangan buku yang sedia ada.
Kesemua pengawas perpustakaan telah diberikan lencana dan tali leher khas dan mereka diwajibkan memakainya semasa waktu sekolah. (53)
Rumusan
Sistem pendidikan negara kita berkembang maju semenjak Zaman Kemerdekaan. Jika di Zaman Penjajahan, dasar pelajaran telah dicorakkan untuk memenuhi matlamat penjajah iaitu `pecah dan perintah` namum kini sistem pendidikan Malaysia telah dibentuk selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat untuk memupuk semangat perpaduan nasional yang benar-benar bersifat Malaysia. Jika pada zaman Kolonial isi kandungan kurikulum sekolah-sekolah hanya setakat untuk membolehkan pelajar-pelajar Tanah Melayu menguasai pengetahuan `3 R` sahaja tetapi selepas Kemerdekaan kurikulumnya adalah lebih menyeluruh untuk menyediakan generasi muda untuk menghadapi cabaran-cabaran di zaman kemajuan sains dan teknologi.
Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah ini telah berkembang dengan pesatnya semenjak penubuhan pada April 1903. Semua ini adalah hasil daripada usaha keras, pengorbanan serta kerjasama kakitangan-kakitangan, pelajar-pelajar serta ahli-ahli masyarakat Kampar untuk membangun serta memajukan institusi pendidikan ini demi untuk kepentingan masa depan generasi yang akan datang. Memanglah tidak dapat disangka bahawa sekolah ini yang pada peringkat awalnya bertempat di sebuah bangunan Gereja di tengah pekan Kampar telah berkembang dengan begitu pesat dari segi infrastruktur serta pendaftaran pelajar, iaitu mencapai 2,085 orang pada tahun 1972. Program-program untuk membina bangunan-bangunan sekolah telah berjalan dengan begitu giat terutamanya di antara tahun 1950 an dan 1970 an telah berjaya membangunkan kemudahan infrastruktur di sekolah ini ke tahap yang agak memuaskan.
Selepas tahun 1972 sehingga tahun 1998 (sewaktu penulisan dibuat) tiada lagi bangunan tambahan yang baru didirikan. Ini ialah kerana pihak sekolah menghadapi masalah kekurangan sumber kewangan dan lagipun ruang di kawasan sekolah ini telahpun digunakan secara sepenuhnya. Akhirnya kata, sekolah ini telah mampu berkembang serta berubah di luar jangkaan para pelajar, guru dan Pengetua yang lalu (sebelum merdeka). Seandainya Rev. Horley masih lagi hidup, beliau mungkin akan berasa amat bangga dan kagum terhadap kemajuan pesat yang dicapai oleh sekolah ini. Di antara tahun 1950 an sehingga 1970 an, masyarakat sekolah ini amat bertuah kerana berpeluang menikmati kemudahan yang paling banyak sekali di dalam Daerah Kampar ini.

NOTA AKHIR
Sejarah Sekolah-Sekolah Negeri P. Pinang, Jawatan Kuasa Sejarah Sekolah-Sekolah Negeri P. Pinang, George Town Printers Sdn. Bhd., 1976, him. 37.
Ibid, hlm. 37.
Linehan, W., Annual Report On Education In The Straits Settlements And The Federated Malay States For The Year 1938, Singapore, The Goverment Printing Office, 1939, hlm. 49.
Ibid, hlm. 49.
Ibid, hlm. 49.
Ho Seng Ong, Methodist Schools In Malaysia, Board Of Education Of The Malaya Annual Conference, Petaling Jaya, Methodist Education Centre, 1964, hlm. 2.
Sejarah Sekolah-Sekolah Negeri P. Pinang, op. Cit., hlm. 40.
Hakim Dato’ Abdul Aziz, Laporan Surohanjaya Di-Raja Mengenai Perkhidmatan Guru-Guru Malaysia Barat, K. Lumpur, Jabatan Chetak Kerajaan, 1968, hlm.15.
Ibid, hlm. 11.
Ho Seng Ong, op. Cit., hlm. 53.
Ibid, hlm. 56.
Ibid, hlm. 143.
Profail Sek. Men. Methodist (A.C.S), Kampar, Institut Aminuddin Baki, K. Lumpur, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993.
Ho Send Ong, op. Cit., hlm. 79.
The Kacsian, Volume 36, Sek. Men. Methodist (A.C.S) , Kampar, Ipoh, Rajan & Co., 1978, hlm.76.
Ho Seng Ong, op. Cit., hlm. 79.
Hicks, E.C., History Of English Schools In Perak, Ipoh, The Perak Library, 1958, hlm. 27.
The Kacsian-Diamond Jubilee Number,. Volume 21, Anglo-Chinese Secondary School, Kampar, Ipoh, Rajan & Co., 1963, hlm. 78.
Ho seng Ong, op. Cit., hlm. 138.
Ibid, hlm. 139.
Ibid, hlm. 21.
The Kacsian – Diamond Jubilee Number, op. Cit., hlm. 10.
Hicks, E.C., op. Cit., hlm. 27.
The Kacsian, Volume 36, op. Cit., hlm. 78.
Hicks, E.C., op. Cit., hlm. 28.
Ibid, hlm. 28.
The Kacsian – Diamond Jubilee Number, op. Cit., hlm. 11.
The Kacsian, Volume 36, op. Cit., hlm. 50.
Hicks, E.C., op. Cit., hlm. 28.
Ibid, hlm. 28.
The Kacsian – Special Kampar Issue, Volume 22, Anglo-Chinese Secondary School, Kampar, Ipoh, Rajan & Co., 1964, hlm. 36.
Ho Seng Ong, op. Cit., hlm. 624.
The Kacsian, Volume 36, op.cit., hlm.52.
The Kacsian, Volume 14, Anglo-Chinese School, Kampar, Ipoh, Regina Press, 1956, hlm. 2.
Ibid, hlm. 3.
Ibid, hlm. 4.
Ho Seng Ong, op. Cit., hlm. 626.
The Kacsian, Volume 15, Anglo-Chinese School, Kampar, Ipoh, Regina Press, 1957, hlm. 6.
Hakim Dato’ Abdul Aziz, op. cit., hlm. 16.
Ibid, hlm. 16.
The Kacsian, Volume 36, op. cit., hlm. 55.
Ho Seng Ong, op. cit., hlm. 627.
The Kacsian, Volume 36, op. cit., hlm. 86.
The Kacsian, Volume 20, Anglo-Chinese Secondary School, Kampar, Ipoh, Rajan & Co., 1962, hlm. Editorial.
The Kacsian – Diamond Jubilee Number, op. cit., hlm. Message.
Ibid, hlm. 16.
Profail Sekolah Menengah Methodist (A.C.S), Kampar, op. cit.
The Kacsian, Volume 36, op. cit., hlm. 62.
Ibid, hlm. 60.
Ibid, hlm. 64.
Profail Sekolah Menengah Methodist (A.C.S), Kampar, op. cit.
Ibid.
The Kacsian, Volume 38, Sek. Men. Methodist (A.C.S), Kampar, Ipoh, Rajan & Co. Printers Sdn. Bhd., 1980, hlm. 5 – 30.
BAHAN-BAHAN RUJUKAN
Sejarah Sekolah-Sekolah Negeri P. Pinang, Jawatan Kuasa Sejarah Sekolah-Sekolah Negeri P. Pinang, George Town Printers Sdn. Bhd., Pulau Pinang, 1976.
E.C. Hicks, History Of English Schools In Perak, The Perak Library, Ipoh, 1958.
W. Linehan, Annual Report On Education In The Straits Settlements And The Federated Malay States For The Year 1938, The Goverment Printing Office, Singapore, 1939
Hakim Dato’ Abdul Aziz, Laporan Surohanjaya Di-Raja Mengenai Perkidmatan Guru-Guru Malaysia Barat, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1968.
Profail Sekolah Menengah Methodist (A.C.S), Kampar, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1993.
The Kacsian, Volume 14, Anglo-Chinese School, Regine Press Ltd., Ipoh, 1956.
The Kacsian, Volume 18, Anglo-Chinese School, Rajan & Co., Ipoh, 1960.
The Kacsian, Volume 20, Anglo-Chinese School, Rajan & Co., Ipoh, 1962.
The Kacsian – Diamond Jubilee Number, Volume 21, Anglo-Chinese Secondary School, Kampar, Rajan & Co., Ipoh, 1963.
The Kacsian – Special Kampar Issue, Volume 22, Anglo-Chinese Secondary School, Kampar, Rajan & Co., Ipoh, 1964.
The Kacsian, Volume 36, Sekolah Menengah Methodist (A.C.S), Kampar, Rajan & Co., Ipoh, 1978.
The Kacsian, Volume 38, Sekolah Menengah Methodist (A.C.S), Kampar, Rajan & Co., Ipoh 1980.
Ho Seng Ong, Methodist Schools In Malaysia, Board Of Education Of The Malaya Annual Conference, Methodist Education Centre, Petaling Jaya, 1964.
(Sumbangan info daripada En Chang Hon Woon)