Tuesday, January 5, 2010
Hari Kedua Persekolahan 2010
Hari ini ialah hari kedua persekolahan. Orientasi pelajar Tingkatan1 dan 4 masih berjalan. Pagi tadi ada taklimat PSS buat pelajar Tingkatan 1 dan selepas rehat pelajar-pelajar Tingkatan 4 diagihkan ke kelas masing-masing. tidak seperti semalam, keadaan hari ini agak tenang sedikit. Semalam, ramai ibu bapa datang untuk mendaftar anak-anak. Agak menghairankan juga kenapa ACS menjadi pilihan ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Ramai yang ingin masuk ACS.Difahamkan kelas Tingkatan satu ,dari kelas 2a hingga 2D kelas melebih 40 orang. Dengan saiz kelas yang kecil, untuk meletakkan meja gurupun tak muat...Kesian budak-budak. Kesian juga guru-guru..
Subscribe to:
Posts (Atom)